Tuesday, December 12, 2023

CAPCOM MENGUMUMKAN PELANCARAN MONSTER HUNTER WILDS!

Monster Hunter Wilds dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025 (Grafik: Business Wire)

 Tajuk terbaharu ini dijadualkan akan menyertai siri jualan terkumpul sebanyak 95 juta unit itu pada tahun 2025


OSAKA, Jepun, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) pada hari ini mengumumkan bahawa Monster Hunter Wilds, permainan seterusnya dalam siri Monster Hunter yang terkenal, dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025.

Monster Hunter Wilds ialah tajuk terbaharu dalam siri ini dan kemasukan talian utama baharu sepenuhnya yang pertama sejak Monster Hunter Rise dilancarkan pada tahun 2021. Monster Hunter Wilds dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2025 dan sedang dibangunkan dengan tujuan untuk menyampaikan pengalaman yang memuaskan hati peminat lama siri ini dan juga pendatang baharu.

Capcom kekal dan cukup komited untuk memenuhi harapan semua pihak berkepentingan dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan terunggul dalam industri untuk mencipta pengalaman permainan yang amat menghiburkan.

MAKLUMAT TENTANG Monster Hunter

Siri Monster Hunter terdiri daripada permainan aksi memburu yang membuatkan pemain beradu tenaga dengan raksasa gergasi dalam persekitaran semula jadi yang indah. Bermula dengan tajuk pertama pada tahun 2004, siri ini berjaya mewujudkan genre permainan video baharu apabila pemain bekerjasama dengan rakan memburu raksasa ganas. Siri Monster Hunter telah berkembang menjadi fenomena global dengan jualan terkumpul melebihi 95 juta unit pada 30 September 2023.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar hiburan berinteraktif terkemuka di seluruh dunia untuk konsol permainan, PC, peranti pegang tangan dan wayarles. Diasaskan pada tahun 1983, syarikat tersebut telah mencipta ratusan permainan, termasuk francais rintisan Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengekalkan operasi di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporat terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut tentang Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53868342/en

Individu untuk Dihubungi
Bahagian Perhubungan Awam & Pelabur Capcom
Daniel Levine
+81-6-6920-3623
daniel-levine@capcom.com

Yoshiko Ikeda
+81-6-6920-3623
yoshiko-ikeda@capcom.com
 
Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment