Saturday, December 2, 2023

MARY KAY BERKEMBANG KE HUNGARY, MEMARTABATKAN KECANTIKAN DAN PEMERKASAAN DI EROPAH TENGAH

 



DALLAS, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., jenama kecantikan dan penyokong global untuk pemerkasaan wanita, amat teruja untuk mengumumkan pengembangan syarikat berkenaan ke Hungary, langkah strategik yang menandakan kemasukan terkini syarikat itu ke pasaran Eropah. Pengembangan ini bertepatan dengan ulang tahun ke-60 pencapaian Mary Kay, menegaskan legasi syarikat berkenaan yang berkekalan dalam menawarkan peluang keusahawanan, serta penjagaan kulit dan kosmetik warna berkualiti tinggi  yang tiada tandingannya.

Operasi Mary Kay Hungary akan dipantau dari pejabat Mary Kay Republik Czech di Prague. Untuk meraikan pengembangan yang begitu penting ini, acara di Prague dan Budapest telah diaturkan. Pengembangan ini dibina berdasarkan pengiktirafan jenama tersebut baru-baru ini yang dinamakan sebagai Jenama Jualan Langsung #1 Dunia dalam Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna oleh Euromonitor International¹.

“Pengembangan ke Hungary ialah sesuatu yang sentiasa kami pertimbangkan dan kami tahu masa yang tepat untuk memperkenalkan peluang kerjaya kami yang tiada tandingannya dan produk menawan dalam pasaran baharu ini ialah SEKARANG,” kata Tara Eustace, Presiden Mary Kay, Rantau Eropah. “Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Edita Szaboova dan pasaran Mary Kay Republik Czech & Slovakia yang cukup berjaya, kami akan mencipta peluang pendapatan yang ceria dan berdaya maju untuk wanita Hungary.”

Edita Szaboova, Pengurus Besar Mary Kay Republik Czech & Slovakia, menyatakan semangatnya tentang pengembangan pasaran baharu.

“Kami berasa amat gembira untuk memperkasa usahawan wanita yang bercita-cita tinggi di Hungary, sejajar dengan misi teras kami untuk memperkaya kehidupan wanita,” kata Szaboova. “Keusahawanan ialah usaha yang sangat dihormati dan disokong di Hungary dan penyelidikan kami menunjukkan bahawa wanita akan menghayati peluang baharu ini untuk bekerja, belajar dan mengembangkan perniagaan mampan mereka sendiri.”

Bersama dengan warna-warni budaya Hungary yang kaya, warisan ceria dan ekonomi yang dinamik, Mary Kay Inc. bersedia memperkenalkan pelbagai inisiatif bertujuan memperkukuh pemerkasaan ekonomi wanita Hungary. Inisiatif ini termasuk program pendidikan, pementoran dan pelaburan ekonomi yang besar di negara ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti Mary Kay Hungary secara dalam talian di www.marykay.hu dan terus berhubung dalam Instagram dan Facebook.

Maklumat Tentang Mary Kay

Dahulu. Kini. Selamanya Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Selama 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, pementoran, sokongan dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan penderaan rumah tangga dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui kami dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

¹ ”Sumber Euromonitor International Limited; Kecantikan dan Penjagaan Peribadi Edisi 2023, nilai jualan pada Harga Jualan Runcit, data tahun 2022.”

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53864391/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment