Thursday, October 12, 2023

SOREN BJORN DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DRISCOLL'S




Table
 
Soren Bjorn, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Driscoll's (Foto: Business Wire)


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Driscoll's pada Masa Ini, J. Miles Reiter akan Bersara pada Bulan Januari 2024 dan Menjadi Pengerusi Eksekutif


WATSONVILLE, Calif., 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lembaga Pengarah Driscoll’s telah memilih Soren Bjorn, yang pada masa ini memegang jawatan presiden Driscoll's Amerika, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat tersebut. Beliau akan mengambil alih peranan tersebut pada bulan Januari 2024 dan menyelia operasi harian global syarikat itu. J. Miles Reiter, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Driscoll's pada masa ini, telah mengumumkan rancangannya untuk bersara pada akhir tahun dan menjadi Pengerusi Eksekutif syarikat milik keluarga itu.

Bjorn menyertai Driscoll's, syarikat beri dunia, pada tahun 2006 dan telah terlibat dalam hampir setiap aspek perniagaan sepanjang 17 tahun yang lalu. Sebagai bekas naib presiden kanan perniagaan antarabangsa dan teknologi global, beliau mengetuai pembangunan perniagaan di Eropah, Amerika Selatan dan Australia, serta R&D dan pembakaan global. Beliau menjadi ketua unit perniagaan Driscoll’s di Amerika Utara pada tahun 2013 dan dinaikkan pangkat kepada jawatan pada masa ini sebagai presiden Driscoll's Amerika pada tahun 2017.

Keluaran beri Driscoll’s digemari oleh pengguna di seluruh dunia, menjadikan buah tersebut sebagai satu daripada jenama barangan runcit yang terbaik. Sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif, keutamaan Bjorn ialah mengekalkan budaya berkembang maju syarikat dan terus mempercepat pertumbuhan global syarikat. Melalui pengalamannya mengetuai R&D dan inovasi, beliau juga akan membimbing usaha syarikat untuk melaksanakan teknologi baharu yang menambah baik kecekapan operasi dan memastikan perniagaan kekal berdaya tahan terhadap cabaran di seluruh industri seperti perubahan iklim.

“Saya berasa rendah hati kerana Miles, pihak Lembaga Pengarah dan ribuan ahli pasukan Driscoll’s di seluruh dunia telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membimbing syarikat menempuhi masa depan,” kata Bjorn. “Legasi Miles ialah kuasa dan kejelasan misi, visi dan nilai Driscoll’s. Beliau telah menggunakan kesemua itu dalam membimbing setiap keputusan dan tindakan untuk syarikat. Sebagai bakal ketua pegawai eksekutif Driscoll’s yang baharu, saya komited sepenuhnya kepada semua pekerja, rakan kongsi dan pelanggan kami bahawa saya akan membina legasi beliau dan menghormati prinsip yang sama ini.”

Legasi yang Berkekalan

Miles Reiter telah terlibat dalam perniagaan beri, memegang beberapa jawatan untuk sebahagian besar daripada 70 tahun yang lalu. Selepas kolej, beliau menjadi penanam beri di Lembah Pajaro California sekitar 1970-an dan telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada tahun 1988. Reiter telah berkhidmat dua kali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat - sekali dari tahun 2000-2015 dan sekali lagi dari tahun 2018-sekarang.

“Generasi keluarga saya sebelum saya dan, saya rasakan, generasi selepas itu, telah atau akan, terlibat secara mendalam untuk mengendalikan perniagaan yang sentiasa menarik ini,” kata Reiter. “Pengalaman khusus yang menyeronokkan ialah mengenali warga kerja yang membentuk pasukan pekerja global, penanam bebas, rakan kongsi industri dan pelanggan runcit kami, sama ada di lapangan, di tapak kerja, di pasaran, menikmati hidangan, atau yang terbaik, ialah semua perkara di atas.

Beliau menambah, “Kini tiba masanya untuk saya berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dengan kerjasama Lembaga Pengarah kami, saya telah berjaya menemui pemimpin baharu yang amat komited terhadap nilai, misi kami dan masa depan yang menjadikan Driscoll's sebagai syarikat beri terkemuka dunia, memperkaya kehidupan setiap individu yang kami sentuh. Bersama ini, dengan penuh semangat dan keyakinan, kami melantik Soren sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Pengetahuan globalnya yang mendalam tentang perniagaan buah beri, memiliki kepintaran yang kuat, pertimbangan yang bijak dan sikap lucu yang menular menjadikannya layak serta unik untuk peranan ini.”

Maklumat Tentang Driscoll’s

Driscoll's ialah peneraju pasaran global strawberi, beri biru, raspberi dan beri hitam segar. Dengan pengalaman lebih daripada 100 tahun warisan perladangan, Driscoll's ialah perintis inovasi perisa beri dan jenama pengguna yang dipercayai Only the Finest Berries™. Bersama lebih daripada 900 penanam bebas di seluruh dunia, Driscoll's membangunkan pelbagai pilihan beri yang dipatenkan secara eksklusif hanya menggunakan kaedah pembakaan tradisional yang menumpukan kepada penanaman buah beri yang cukup lazat. Pasukan ahli agronomi, pembaka, penganalisis deria, ahli patologi dan ahli entomologi tumbuhan yang khusus membantu menanam anak benih yang kemudiannya ditanam di ladang keluarga setempat. Beri Driscoll’s ditanam di lebih daripada 20 negara dan tersedia untuk pengguna di lebih daripada 40 negara di seluruh Amerika Utara, Australia, Eropah dan China.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53584740/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Frances Dillard
press@driscolls.com
 
Sumber: Driscoll’s

No comments:

Post a Comment