Wednesday, October 18, 2023

83% DARIPADA SYARIKAT DI ASIA PASIFIK MENGUNJURKAN PERTUMBUHAN, KETANGKASAN DAN PENGALAMAN SEBAGAI TONGGAK KRITIKAL KEJAYAAN: KAJIAN SUMBER MANUSIA TERBESAR APAC

Perspektif Evolusi Sumber Manusia 2023, inisiatif Darwinbox dan People Matters meneroka perubahan trend Sumber Manusia di Asia (Grafik: Business Wire)

 Kajian transformasi Sumber Manusia terbesar APAC, Perspektif Evolusi Sumber Manusia 2023: Memperkasa dan Berkembang, inisiatif Darwinbox dan People Matters.


SINGAPURA, 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perspektif Evolusi Sumber Manusia 2023 mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Pengalaman (CXO) di seluruh Asia Pasifik pada hari ini mengunjurkan pertumbuhan dan keuntungan yang tinggi dalam beberapa tahun yang akan datang. Walaupun 83% daripada CXO di seluruh rantau mengatakan bahawa mereka menjangkakan pertumbuhan hasil dalam beberapa tahun yang akan datang, 70% meramalkan peningkatan dalam Penggabungan & Pengambilalihan (M&A) manakala 80% lagi menyatakan bahawa pengembangan secara organik akan kekal sebagai pemacu pertumbuhan dan keuntungan yang penting.

Laporan utama Darwinbox dan People Matters ialah kajian terbesar seumpamanya di rantau ini, mengumpul respons daripada lebih 1,200 pengamal Sumber Manusia, 350 CXO dan kira-kira 1,500 pekerja. Laporan tersebut menyatukan suara majikan dan pekerja untuk mempamerkan keutamaan yang sedang berkembang dan membolehkan perubahan strategik dilaksanakan.

“Memperkasa dan Berkembang ialah tema penting untuk laporan utama ini. Dengan dunia pekerjaan yang semakin berkembang pesat, kajian itu membantu memperkukuh strategi Sumber Manusia dalam cerapan yang boleh diukur dan membantu menjelaskan, dengan lebih terperinci, cara pemimpin bakat boleh membina amalan sedia masa depan yang membantu syarikat menskala dan menangani unjuran pertumbuhan masing-masing,” kata Ester Martinez, Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pengarang, People Matters.

Beberapa dapatan penting daripada laporan itu ialah:

· 83% daripada syarikat di seluruh Asia Pasifik menyatakan sentimen pertumbuhan yang positif. 81% menyatakan bahawa syarikat berpotensi memperoleh lebih banyak keuntungan. 69% daripada CXO di seluruh rantau menyasarkan untuk mengembangkan bilangan pekerja mereka. Satu-satunya pengecualian kepada kumpulan ini ialah beberapa lokasi dan sektor berkos tinggi seperti Telekomunikasi, media dan teknologi.
· 63% daripada CXO di seluruh APAC menegaskan bahawa membangunkan keupayaan sebagai risiko bakat mereka yang paling besar. Namun hanya 27% merasakan bahawa mereka sudah cukup bersedia menangani kebimbangan ini.
· Pekerja meminta pemimpin yang lebih baik dan berkebolehan. 52% daripada pekerja yang ditinjau di seluruh Asia Pasifik berkata kepimpinan yang baik menjadi kemestian.
· 68% daripada CXO mengatakan bahawa integrasi pengurusan bakat yang lebih baik ialah keutamaan penting. 55% lagi mengatakan bahawa menyatukan teknologi Sumber Manusia mereka ialah keperluan utama pada masa ini.
· 68% daripada CXO mahu pengalaman pekerja menjadi hasil penting dalam perjalanan transformasi Sumber Manusia mereka, 63% mahu menambah baik kualiti perkhidmatan Sumber Manusia dan 59% mahu memperkasa pengurus dan pekerja barisan hadapan.
 
“Tidak dinafikan, CXO mempunyai pandangan ekonomi yang amat positif dan meramalkan dengan tepat bahawa laluan menuju kejayaan bergantung pada cara menyelesaikan cabaran bakat yang kritikal. Lantaran itu, penekanan akan diberikan pada pengukuhan fungsi Sumber Manusia. Pasukan Sumber Manusia mesti menavigasi tempoh jangkaan pekerja yang meningkat, landskap digital yang berubah dengan pesat dan tekanan pihak berkepentingan ke arah tempat kerja yang terangkum. Laporan itu menjelaskan cabaran ini dan menyeru para profesional Sumber Manusia untuk merebut peluang mengubah organisasi mereka, dengan dikuasakan oleh peranan transformatif teknologi," kata Vikrant Khanna, Ketua Global - Pengurusan Nilai, Khidmat Nasihat & Penyelesaian, Darwinbox yang telah mengarang bersama laporan penyelidikan tersebut.

Pasaran yang berkembang pesat memberikan pelbagai cabaran kepada pemimpin di seluruh Asia Pasifik. Untuk menangani cabaran ini dengan lebih baik dan mencapai pertumbuhan, laporan itu mendapati bahawa pemimpin Sumber Manusia mahu memberikan tumpuan kepada Ketangkasan dan Pengalaman Pekerja sebagai dua tonggak utama perubahan ini.

“Tumpuan utama strategi Sumber Manusia menjadi semakin berpusatkan kepada peningkatan pengalaman pekerja, memperkasa kakitangan dan pengurus barisan hadapan untuk memimpin, menekankan asas pengetahuan yang kuat dan menyaksikan lonjakan besar dalam integrasi teknologi. Peralihan ini menandakan bahawa naratif baharu itu berakar umbi dalam pendekatan "dari luar ke dalam". Di Darwinbox, kami amat yakin bahawa walaupun mengenal pasti dan melaksanakan teknologi untuk memacu kecekapan ialah fasa awal, pulangan pelaburan sebenar muncul apabila organisasi terus menerima dan menggunakan teknologi untuk menyesuaikan dengan keadaan yang semakin berkembang. Oleh itu, kami bekerjasama rapat dengan pangkalan pelanggan kami, mendengar keperluan mereka dengan penuh perhatian dan menyampaikan penyelesaian berinovatif yang memperkasa mereka untuk terus berada di hadapan," tambah Vikrant Khanna.

Ini hanyalah petikan laporan Perspektif Evolusi Sumber Manusia 2023, laporan penuh menyelidik dengan lebih mendalam mengenai trend ini. Klik di sini untuk memuat turun laporan keseluruhan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53584938/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Vikrant Khanna, vikraant.khanna@darwinbox.com
 
Sumber: People Matters

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment