Friday, November 18, 2022

PENGELUAR PAPARAN PINTAR TAIWAN YANG TERULUNG MENYERLAH DI ANUGERAH SDIA 2022




TAIPEI, Taiwan, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Bagi menggalakkan pengeluar paparan pintar Taiwan supaya mengikuti perkembangan terkini teknologi paparan terkemuka, Perikatan Industri Paparan Pintar (Smart Display Industry Alliance, SDIA) telah menganjurkan Anugerah SDIA 2022 dan menyampaikan hadiah Emas, Perak dan Gangsa serta Hadiah Kecemerlangan kepada pemenang yang memenuhi kriteria penilaian anugerah, termasuk kebolehpasaran, inovasi, teknologi, keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta prestasi prototaip. Matlamat anugerah ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada pengilang yang terlibat bagi pelaburan mereka dalam mengembangkan teknologi paparan yang memandang ke hadapan dan meningkatkan imej serta daya saing pasaran industri paparan Taiwan.

SDIA yang diasaskan oleh Biro Pembangunan Perindustrian Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2021, telah mewujudkan rangkaian kerjasama industri-kerajaan-universiti-akademik dan mekanisme penyepaduan operasi yang mengukuhkan sumber dan kapasiti merentas sektor, antara jabatan dan pelbagai bidang untuk meningkatkan daya saing antarabangsa Taiwan dalam teknologi paparan pintar serta menggalakkan kerjasama merentas industri untuk mengubah industri paparan daripada rantaian industri tunggal kepada ekosistem perindustrian.

Tahun ini, hadiah telah dianugerahkan kepada syarikat yang menghasilkan projek cemerlang dengan tumpuan pada teknologi paparan yang memandang ke hadapan. Penerima Hadiah Emas ialah AUO Corporation, Innolux Corporation dan PlayNitride Display Co., Ltd, manakala Hadiah Perak dianugerahkan kepada E Ink Holdings Inc., Lextar Electronics Corporation dan Darwin Precisions Corporation. Penerima Hadiah Gangsa pula terdiri daripada PanelSemi Corporation, WiseChip Semiconductor Inc. dan InnoCare Optoelectronics Corp. Hadiah Kecemerlangan diberikan kepada Taiwan Nanocrystals Inc., General Interface Solution Limited dan GIO Optoelectronics Corp.

AUO Corporation telah memperkenalkan paparan LED Mikro 14.6 inci boleh laras pertama di dunia dengan resolusi tertinggi. Teknologi pemindahan jisim berkelajuan tinggi digunakan untuk mencapai ketumpatan piksel ultra tinggi sebanyak 202 ppi, dan meletakkan produk itu di kedudukan teratas dari segi saiz dan resolusi. Proses pengeluaran paparan pintar ini yang diaktifkan oleh tenaga hijau yang inovatif menjimatkan tenaga dan mengurangkan penggunaan kuasa. Paparan boleh laras meningkatkan fleksibiliti ruang dalaman di dalam kenderaan.

Innolux Corporation telah mempersembahkan penyelesaian pengimejan perubatan pintar 3D dengan mata kasar. Digabungkan dengan paten eksklusif Innolux—teknologi dan algoritma paparan medan cahaya N3D Volum, sistem ini boleh terus membaca maklumat imej tomografi, justeru membantu doktor mentafsir maklumat dengan lebih cepat dan lebih tepat.

Dengan penerapan metasemesta yang menarik minat merentas industri, PlayNitride Display Co., Ltd telah melancarkan paparan mikro 0.49-inci/4,536 ppi warna penuh metasemesta. Paparan ini merupakan gred tertinggi berbanding dengan paparan seumpamanya dalam industri dan boleh digunakan dalam cermin mata AR. Kemajuan teknologi paparan telah meningkatkan pengalaman metasemesta.

Syarikat teknologi paparan ini mempunyai kekuatan masing-masing. SDIA akan terus membantu pengeluar dalam industri paparan pintar untuk membuat perubahan dan peningkatan dengan tujuan membangunkan produk atau perkhidmatan penyepaduan sistem dan aplikasi nilai tambah yang lebih tinggi. SDIA juga akan menggalakkan pembangunan aplikasi dan penyelesaian dalam pelbagai bidang untuk mempraktikkan teori demi memacu perubahan dan peningkatan industri paparan pintar keseluruhan serta mencapai matlamat untuk mewujudkan pelabuhan perindustrian.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16524

No comments:

Post a Comment