Friday, November 18, 2022

INNOPHOS MELANCARKAN LAMAN WEB BAHARU UNTUK PASARAN MAKANAN & MINUMAN ASIA PASIFIK




Mempamerkan Campuran Bahan Tersuai Khususnya Dikembangkan untuk Meningkatkan Kualiti Makanan dan Minuman


CRANBURY, N.J., 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Innophos, peneraju global penyelesaian bahan keistimewaan yang menyampaikan manfaat yang meluas dan serba guna untuk pasaran makanan, kesihatan dan pemakanan, baru-baru ini melancarkan laman web yang khas untuk pasaran Asia Pasifik, innophos.cn. Laman web baharu menyokong pertumbuhan pantas yang telah dialami oleh Innophos di rantau Asia Pasifik dalam beberapa tahun yang lalu dan menampilkan kefungsian dwibahasa untuk mencapai kedua-dua pelanggan yang berbahasa Cina dan Inggeris.

“Sebagai peneraju global dalam penyelesaian fosfat untuk industri makanan dan minuman, pelancaran innophos.cn kami ialah langkah penting untuk Innophos.” Kata Migue DeJong, Pengarah Perdagangan, Perniagaan Makanan & Minuman Global, Innophos. “Saya teruja untuk melihat pertumbuhan perniagaan kami yang berterusan di Asia dan sekitar dunia.”

Innophos Asia Pasifik membuka tapak perkilangan Innophos di Bandar Taicang, Jiangsu, pada lapan tahun lalu. Dari lokasi ini, Innophos menyediakan penyelesaian untuk pelbagai asas pelanggan termasuk pengilang makanan multinasional, serantau dan tempatan merentasi rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Innophos Asia Pasifik menawarkan berbagai-bagai jenis fosfat makanan dan minuman, campuran tanpa fosfat dan produk tanpa alergen bagi menyediakan tekstur, rasa, nilai pemakanan dan penyelesaian hayat simpanan yang optimum untuk pelbagai penggunaan.

“Pertumbuhan perniagaan kami dipacukan oleh pemahaman yang mendalam dan luas terhadap keperluan pelanggan kami dan proses perkembangan.” Tambah Laurent Dubois, Pengurus Besar, Innophos Asia Pasifik. “Kami berasa bangga untuk menambah nilai kepada pelanggan kami di rantau ini, dengan makmal penggunaan kami yang dilengkapkan sepenuhnya, penyelesaian yang tersuai dan komitmen kami kepada kualiti dan peningkatan berterusan.”

Laman web Innophos baharu menyerlahkan penggunaan merentasi pelbagai penggunaan makanan dan minuman termasuk roti, daging, makanan laut, hasil tenusu, mi dan produk berasaskan tumbuhan. Terokai berbagai-bagai campuran tersuai untuk meningkatkan kualiti makanan dan minuman dengan penyelesaian bahan fosfat yang membawa pembaharuan dengan melawati laman web baharu Innophos Asia Pasifik, innophos.cn.

Perihal Innophos

Innophos merupakan pengeluar antarabangsa penyelesaian bahan keistimewaan terkemuka yang menyampaikan manfaat serba guna untuk makanan, kesihatan dan pasaran nilai pemakanan. Kami mengungkil kepakaran kami dalam sains dan teknologi campuran dan rumusan fosfat, mineral, enzim dan bahan berasaskan botani untuk membantu pelanggan kami menawarkan produk yang lazat, berkhasiat dan berekonomi. Innophos mempunyai operasi perkilangan dalam AS, Kanada, Mexico dan China.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16526

No comments:

Post a Comment