Friday, November 4, 2022

HYTERA MELANCARKAN PROGRAM PENGAMBILAN RAKAN NIAGA DI ASIA DAN AFRIKA

SHENZHEN, China, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, melancarkan program pengambilan rakan niaga terbuka kepada syarikat di negara Asia dan Afrika.

Sebagai syarikat yang memainkan peranan utama dalam pasaran komunikasi profesional, Hytera menawarkan satu daripada portfolio produk paling komprehensif yang terdiri daripada Radio Mudah Alih Digital (DMR), Tekan untuk Bercakap melalui Selular (PoC) dan radio bersiri Radio Berbatang Terestrial (TETRA), badan kamera dan aksesori. Oleh sebab pengalaman yang berdekad lamanya dalam pasaran, Hytera telah berkhidmat dengan pelbagai sektor industri termasuk keselamatan awam, utiliti, minyak dan gas, pengangkutan, tindak balas kecemasan, hospitaliti, keselamatan persendirian dan pengurusan kemudahan.

Program baharu dibangunkan untuk mengembangkan lagi rangkaian rakan niaga global Hytera yang terdiri daripada pengedar, penjual semula, pengintegrasi sistem dan pengendali mudah alih. Ini akan meningkatkan momentum kepada pertumbuhan Hytera, terutamanya di Asia dan Afrika. “Bersama program rakan niaga baharu, kami menawarkan senarai manfaat untuk rakan niaga saluran dan rakan niaga sektor industri Hytera,” kata Wilson Hu, Pengarah Jabatan Pembangunan Saluran Hytera. “Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera juga disediakan untuk membantu rakan niaga baharu dan memperkasakan rakan niaga tersebut untuk meningkatkan keuntungan dalam pasaran sedia ada serta berkembang kepada pasaran baharu.”

Program ini merangkumi manfaat dalam insentif jualan, terma pembiayaan, pemasaran bersama, perkhidmatan selepas jualan dan petunjuk yang diberikan oleh pengilang. Selain itu, Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera bertujuan untuk memberikan perniagaan kelebihan daya saing tambahan dengan memastikan setiap rakan niaga memenuhi standard kualiti global. Standard yang tinggi penting bagi pengguna komunikasi profesional, kerana mereka mesti boleh bergantung pada kelengkapan komunikasi mereka bagi membantu mereka menjalankan operasi harian mereka dengan lebih cekap, produktif dan selamat.

Bekerjasama dengan rakan niaga saluran dan industri terbaik menjadi tonggak utama keupayaan Hytera untuk menyampaikan nilai murni kepada pengguna. Oleh itu, dengan hanya kerjasama rapat antara Hytera dengan rakan niaga boleh memastikan bahawa keperluan pelbagai komunikasi profesional dapat dipenuhi. Gabungan produk komunikasi dan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi daripada Hytera akan memberi rakan niaga kelebihan daya saing yang diperlukan untuk memenangi lebih banyak perniagaan dan mempercepat pertumbuhan syarikat.

Sekarang ialah masa yang sesuai untuk bekerjasama dengan Hytera, kerana trend global ke arah pendigitalan menawarkan peluang hebat kepada industri ICT. Semakin banyak industri sedang mencari jalan untuk menambah baik kecekapan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos dengan mendigitalkan operasi perniagaan masing-masing, terutamanya sistem komunikasi.

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengambilan Rakan Niaga Hytera:
https://bit.ly/3NiGFaE

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 0002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan. Ketahui lebih lanjut di https://www.hytera.com/en/home.html.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16480

No comments:

Post a Comment