Thursday, November 10, 2022

10 KAMPUS GLOBAL UPGRAD UNTUK MENGUPAH 1000 PHD

Syarikat ini berhasrat untuk mengambil Indian Edtech Global dengan mewujudkan Institut yang terbesar di dunia dalam Emerging Technologies.

ATLANTA, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edtech utama bersama dengan Pendidikan Tinggi yang terbesar di Asia, Syarikat upGrad, mengumumkan bahawa satu langkah yang besar telah diambil dalam pendidikan tinggi luar talian dengan pelancaran jenama baharunya iaitu ‘UGDX” yang bermaksud pembantuan upGrad dalam berkembangan teknologi digital. Faktor ‘X” dalam UGDX telah ditambah oleh institut luar talian iaitu Sains Data, AI, ML - INSOFE.

UGDX akan melabur sebanyak USD 30 juta untuk membuka 10 Institut pada tahun hadapan; 3 di AS, institut di San Francisco akan dilancarkan pada Januari 2023, 5 di India merentasi Delhi & Chennai di mana telah terdapat institut di Mumbai, Hyderabad & Bangalore, 1 di Singapura dan 1 lagi di Timur Tengah.

UGDX dijangka mencapai pulang modal operasi dalam 5 (lima) Suku Tahun daripada pelancarannya. Rancangan ini juga termasuk penganjuran aktiviti pengambilan kakitangan fakulti berbakat di pelbagai lokasi. Selain itu, teknologi akan digunakan untuk mengintegrasikan kampus, fakulti dan berfungsi dengan lancar dalam satu ekosistem. UGDX akan memfokuskan bidang AI, Pembelajaran Mesin, Keselamatan Siber, Rantaian Blok, Peranti Bersambung, IOT, Pengkomputeran Kuantum, Pengurusan Digital, kursus Kepimpinan & Awan, dan akan menawarkan program Sijil, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang tersebut.

“Sebahagian daripada matlamat kami adalah untuk menjadi syarikat Higher Edtech bersepadu sepenuhnya pertama & terbesar di dunia merangkumi pelajar kolej & profesional yang bekerja dari umur 18 hingga 60+ tahun. Perkara ini berlaku begitu kerana kami beralih kepada model gabungan luar talian dan dalam talian yang sangat berskala di bawah jenama upGrad kami sendiri,” kata Ronnie Screwvala, Pengasas & Pengerusi upGrad.

“Program Pendidikan Bersepadu Kerja UGDX adalah unik dan membezakannya daripada universiti tradisional. DNA kami akan berteraskan industri, dan kami sedang mencipta program yang akan menyediakan pelajar untuk menyumbang kepada transformasi korporat. Penglibatan yang kaya dengan sambungan industri juga akan membolehkan pelajar kami mendapatkan pengalaman dunia sebenar dari hari pertama. Semua program kami mempunyai sekurang-kurangnya dua kali ganda bilangan capstone dan kerja projek berbanding program tradisional,” kata Dr Dakshinamurthy Kolluru, Pengasas & Ketua Pegawai EksekutifupGrad INSOFE, yang juga akan mengetuai UGDX. “Setiap UGDX akan mempunyai unit inkubasi, untuk melabur dalam IP dan memupuk usahawan baru untuk merumus idea dan membina paten yang akan dibangunkan dan dipupuk di dalam Institut itu sendiri,” jelasnya lagi.
 
Dr Sridhar Pappu, Presiden UGDX berkata, “Sebagai sebuah institusi terulung, impak kepada pelajar dan masyarakat secara amnya, adalah amat penting bagi kami. Oleh itu, fakulti di UGDX hendaklah bekerjasama dengan berbilang kolej di kawasan berdekatan, dan mereka bentuk program pembangunan fakulti percuma, bootcamp dan sekolah musim panas untuk pelajar kurang bernasib baik dari segi sosial dan ekonomi. Kami komited untuk mencipta transformasi digital di semua peringkat.”

Mengenai upGrad

upGrad – syarikat ini bermula pada 2015 sebagai perintis dalam revolusi pendidikan atas talian, dan memberi tumpuan dalam pencapaian kejayaan kerjaya terhadap tenaga kerja global yang berjumlah lebih 1.3 bilion. Mereka adalah salah satu Syarikat Teknologi yang bertujuan “Pembelajaran Kehidupan” di seluruh dunia. Skop mereka merangkumi pelajar kolej dan pekerja profesional dari umur 18-50 tahun dan merentasi kursus Sarjana Muda, Program Berkenaan Kampus & Pekerjaan, Pelajaran Luar Negara, program eksekutif pendek sampai Ijazah, Sarjana dan Kedoktoran. Pangkalan pelajar upGrad adalah lebih 3 juta di 100+ negara dan ia bekerjasama dengan lebih 300 rakan kongsi Universiti. Ia juga membentuk perniagaan perusahaan yang teguh dengan pangkalan pelanggan sebanyak 1000 syarikat di seluruh dunia.

Enjin Pembelajaran Global di upGrad adalah berdasarkan empat faktor: (a) memiliki kandungan asal dan harta intelek yang repositori besar; (b) mempunyai platform teknologi proprietari yang terbaik; (c) mempunyai jurulatih dan mentor untuk perkhidmatan serahan; (d) mempunyai 85% rekod penyempurnaan kursus bersama dengan 80% keputusan kerjaya telah menjamin prestasi.

Mereka telah digelar sebagai pemimpin Edtech di Asia dan mempunyai pejabat-pejabat di beberapa negara iaitu UK, U.S., Timur Tengah, India, Singapura & Vietnam dan sebagainya.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16494

No comments:

Post a Comment