Tuesday, November 8, 2022

AZBIL MELANCARKAN PENGAWAL TUNGGAL KETEPATAN TINGGI DENGAN TINDAK BALAS BERKELAJUAN TINGGI - MENGURANGKAN BEBANAN KAKITANGAN DARIPADA PROSES PEMASANGAN SEHINGGA PENYELENGGARAAN -






 
Azbil Corporation yang berpangkalan di Tokyo telah melancarkan pengawal gelung tunggal model C1A untuk penggunaan dalam pasaran automasi kilang (Foto: Business Wire) 


TOKYO, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO:6845) telah memulakan jualan pengawal gelung tunggal model C1A, yang menampilkan ciri ketepatan tinggi dan tindak balas pantas, serta dapat mengurangkan bebanan kakitangan daripada proses pemasangan sehingga penyelenggaraan.

Walaupun saiz panel hadapan berukuran 48x48mm yang padat, C1A Berjaya mencapai ketepatan tinggi iaitu ±0.1% bacaan (bagi termogandingan atau Pt100 RTD) dan tindak balas berkelajuan tinggi dengan kitaran pensampelan 25ms dan ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi penjimatan tenaga buruh untuk tapak lokasi pembuatan.

Pengawal gelung tunggal membandingkan isyarat daripada sensor dengan nilai yang ditetapkan, melaksanakan kawalan PID*1 mengikut jumlah sisihan dan isyarat kawalan output kepada penggerak untuk memastikan sasaran kawalan (suhu, tekanan, kadar aliran dan sebagainya) berada pada tahap yang betul. Pengawal ialah peranti penting untuk kecekapan operasi di kilang dan tapak lokasi pembuatan. Azbil menyediakan pengawal gelung tunggal dengan pelbagai fungsi yang diperlukan untuk aplikasi dalam pasaran automasi kilang.

Bagi semua kemudahan pembuatan semikonduktor, kelengkapan padat dan berprestasi tinggi diperlukan untuk memaksimumkan produktiviti di dalam ruang kilang yang terhad. Untuk peranti seperti pengawal gelung tunggal, yang terbina di dalam kelengkapan lain, permintaan semakin bertambah untuk peranti bersaiz lebih kecil dan mempunyai prestasi yang lebih tinggi. Selain itu, perkara ini penting semasa kelengkapan berjalan bagi mengurangkan masa henti dengan memastikan pemahaman berterusan tentang keadaan proses bagi mengelakkan masalah. Di samping itu juga, untuk mengatasi masalah seperti kekurangan pekerja mahir dan buruh, industri pembuatan telah beralih kepada kaedah pelarasan PID yang lebih intuitif dan mudah berbanding kaedah yang bergantung pada pekerja berpengalaman.

Walaupun dengan saiz yang padat, C1A mempunyai ketepatan tinggi dan tindak balas berkelajuan tinggi. Penunjuk berbilang status membolehkan kakitangan di tapak lokasi pembuatan memahami status proses terkawal dengan sepintas lalu. Di samping itu juga, komunikasi dengan pengawal logik boleh diprogramkan (PLC) dapat disediakan dengan mudah tanpa memerlukan program khas. Ini memudahkan penciptaan sistem untuk pemantauan proses dari jauh, misalnya, penggunaan sistem hos, panel sentuh dan peranti luaran yang lain.

Aplikasi utama pengawal ialah mengawal suhu dengan menggunakan pemanas elektrik, yang diketahui mudah merosot dan mempunyai jangka hayat perkhidmatan yang terhad. Kaedah mendiagnosis kemerosotan yang berkesan ialah melalui pemantauan rintangan pemanas. C1A mengira voltan, arus dan rintangan pemanas dengan menggunakan input pengubah voltan (VT) dan pengubah arus (CT). Nilai ini boleh dipantau pada panel hadapan C1A atau digunakan untuk penggera output jika melebihi ambang pratetap. Keadaan pemanas boleh difahami dengan mudah dan kerosakan pemanas yang tidak dijangkakan dapat dielakkan dengan memantau rintangan dan suhu terkawal.

Selain itu, Pakej Smart Loader C1A termasuk suatu simulator PID yang dibangunkan berdasarkan teknologi simulasi Azbil proprietari. Simulator PID menggunakan data operasi untuk mencipta model matematik yang menghasilkan semula ciri objek kawalan, membolehkan pengguna mensimulasikan kawalan PID pada PC dan mengurangkan masa pelarasan.

Ciri-ciri
• Ketepatan tinggi iaitu ±0.1% bacaan (untuk termogandingan atau Pt100 RTD), tindak balas pantas tinggi dengan kitaran pensampelan 25ms
• Paparan berangka 4.5 digit yang menunjukkan nilai daripada −19999 hingga 19999 dalam unit 0.01°C, membolehkan pemeriksaan keadaan proses yang lebih terperinci
• Penunjuk berbilang status. Sebagai tambahan kepada tetapan dan nilai input sensor, graf bar % output MV dan maklumat operasi lain boleh dipaparkan, memudahkan pemahaman status kawalan.
• Fungsi komunikasi pautan PLC untuk komunikasi dengan PLC tanpa memerlukan pengaturcaraan
• Pemantauan panel hadapan atau output penggera rintangan pemanas yang dikira daripada input CT/VT, bertujuan memahami keadaan pemanas
• Pakej Smart Loader Package termasuk fungsi simulasi PID yang disediakan sebagai ciri standard, membolehkan kebolehkawalan lebih baik melalui operasi intuitif daripada PC

Untuk butiran terperinci, sila layari laman web berikut.
https://www.azbil.com/products/factory/factory-product/controller-recorder-communication-gateway/controller/c1a/index.html

Berpandukan kepada falsafah Kumpulan Azbil iaitu "automasi berpusatkan manusia", Azbil berhasrat membuat sumbangan "secara bersiri" kepada masyarakat mampan dan menjamin pertumbuhan mampan sendiri. Azbil menyediakan penyelesaian untuk masalah di tapak lokasi pengeluaran yang memenuhi keperluan pelanggan.

*1 Kawalan maklum balas yang beroperasi berdasarkan pengukuran sensor dalam usaha untuk memastikan suhu, tekanan dan pembolehubah lain di dalam kelengkapan pembuatan atau pemprosesan berada pada tahap yang dikehendaki. Manakala PID merujuk kepada tindakan berkadar, kamiran dan terbitan.

Maklumat Tentang Azbil Corporation
Azbil Corporation, sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, ialah syarikat peneraju dalam pembinaan dan automasi industri, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan untuk memberikan pelanggan penyelesaian nilai tambah yang tinggi bagi meningkatkan kecekapan dan kemampanan operasi syarikat. Azbil ditubuhkan pada tahun 1906 bertujuan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia dalam pelbagai industri dan berhasrat menyumbangkan kepada keselamatan, keselesaan dan pemenuhan individu serta mengamalkan pemeliharaan alam sekitar global. Pada akhir Mac 2022, bilangan pekerja Azbil mencapai 10,000 di seluruh dunia dan menjana pendapatan sebanyak ¥256 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52962270/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Azbil Corporation
Bahagian Perhubungan Awam
Robert Jones
Tel: +81-3-6810-1006
r.jones.j7@azbil.com
 
Sumber: Azbil Corporation

No comments:

Post a Comment