Friday, November 11, 2022

MR.D.I.Y, AVIS, DIGI, FARM FRESH, DAVE'S DELI DAN MAYBANK ANTARA PEMENANG DI ANUGERAH JENAMA TERBAIK TAHUN 2022-2023.

LONDON, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- World Branding Awards edisi ke-15 yang menyaksikan lebih 3,500 jenama daripada lebih 45 buah negara dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun ini”. Daripada jumlah ini, kurang daripada 250 jenama diisytiharkan sebagai Pemenang. Majlis anugerah ini telah mengalu-alukan lebih 100 orang tetamu daripada seluruh dunia untuk meraikan kejayaan dan pencapaian beberapa Jenama Terbaik Dunia, di pusat anugerah dunia, Kensington Palace.

Lurpak, Club Med, Yakult, Spotify, CoCo, Amazon, Netflix, Neutrogena, Lego, Cadbury, adalah beberapa jenama yang diumumkan sebagai Pemenang Global di majlis anugerah berprestij ini.

Pemenang Malaysia termasuk Astro, Farm Fresh, Maybank, Munchy’s, Spritzer, Unifi, Avis, Dave’s Deli, Digi, Inside Scoop, AEON, Al-Ikhsan Sports, dan AirAsia. Pemenang Peringkat Nasional lain termasuk Nongfu Spring (China), Hang Seng Bank (Hong Kong), Janji Jiwa (Indonesia), Toast Box (Singapura) dan banyak lagi.

MR. D.I.Y, menggegarkan Asia Tenggara apabila mereka diisytiharkan sebagai jenama ‘Peruncit Pembaikan Rumah’ teratas di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina dan meraih anugerah Peringkat Serantau dalam kategori Peruncit Pembaikan Rumah.

Pemenang Peringkat Serantau lain termasuk; Bosch, Sennheiser, SoundCloud, Huawei, Optical 88, Elkjøp, BreadTalk, Walrus Pumps, Gems Pavilion. Jenama-jenama ini mendapat undi sebagai jenama kegemaran pengguna di 4 buah negara atau lebih merentasi 3 kawasan atau lebih di rantau geografi tertentu.

“Majlis ini meraikan beberapa jenama terbaik di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan pasukan jenama yang membina dan mengekalkan keberadaan mereka dalam pasaran yang sentiasa berubah,” kata Danny Pek, Pengarah Eksekutif, World Branding Forum.

“Pada tahun ini, lebih 150,000 orang pengguna telah mengambil bahagian dalam proses pencalonan. Secara purata, hanya ada 5 pemenang bagi setiap negara, dan ini membuktikan bahawa memenangi World Branding Awards adalah pencapaian yang luar biasa,” En. Richard Rowles, Pengerusi, World Branding Forum.

Acara ini telah dianjurkan oleh penyampai televisyen, Jemma Forte dan menampilkan wawasan eksklusif tentang pengguna masa hadapan yang disediakan oleh Chris Sanderson, Pengasas Bersama, 'The Future Laboratory', perunding ramalan wawasan dan trend pengguna yang terkenal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, lawati awards.brandingforum.org.

Perihal World Branding Awards

World Branding Awards adalah anugerah utama World Branding Forum, sebuah organisasi bukan untung yang berdaftar. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://awards.brandingforum.org 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16500

No comments:

Post a Comment