Saturday, October 17, 2020

METLIFE MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN KANAN

NEW YORK, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetLife, Inc. (NYSE: MET) hari ini mengumumkan beberapa perubahan kepada pasukan kepimpinan kanan mereka. Semua perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2021, kecuali dinyatakan sebaliknya.


Naib Presiden Eksekutif dan Presiden bagi wilayah Amerika Latin Oscar Schmidt akan bersara selepas satu kerjaya yang cemerlang selama 26 tahun dengan syarikat itu. Beliau akan melepaskan kedudukan eksekutif beliau pada 31 Disember, 2020, dan akan kekal sehingga akhir Mac 2021 untuk membantu dengan peralihan kepimpinan itu.

“Sepanjang dua setengah dekad yang lalu, Oscar telah membantu kami berkembang dan membangunkan perniagaan Amerika Latin kami, dengan membina satu portfolio perniagaan yang pelbagai merentasi rantau itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MetLife Michel Khalaf. “Di bawah kepimpinan beliau yang mantap, kami telah berkembang untuk menjadi syarikat insurans nyawa terbesar di Amerika Latin – satu kecemerlangan yang dicapai secara organik dan melalui beberapa pengambilalihan.”

Pengganti Schmidt sebagai Presiden Wilayah, Amerika Latin, adalah Eric Clurfain Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MetLife Jepun K.K., tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan. Beliau akan melapor kepada Khalaf.

“Dengan memiliki pengalaman insurans selama lebih dua dekad, Eric mempunyai rekod prestasi yang terbukti di dalam membangunkan pasukan dan perniagaan yang berprestasi tinggi dan satu komitmen yang mendalam kepada rakan sekutu dan pelanggan kami,” kata Khalaf. “Sepanjang dua tahun yang lalu, tumpuan beliau yang gigih kepada pelaksanaan perniagaan dan pemusatan pelanggan telah mendorong perubahan budaya di Jepun dan memberikan hasil yang mantap dalam menyokong strategi Horizon Seterusnya kami. Di bawah kepimpinan beliau, saya yakin LatAm akan terus menjadi satu pemacu pertumbuhan bagi MetLife.”

Laluan kerjaya Clurfain telah menjangkau pelbagai geografi dan tanggungjawab kepimpinan strategik. Sebelum memegang jawatan beliau sekarang, Clurfain adalah Ketua Wilayah bagi EMEA dengan pengawasan terhadap 25 pasaran di rantau itu. Sebelum itu, beliau adalah merupakan Ketua Wilayah bagi Eropah Tengah dan Timur setelah berkhidmat sebagai Pengurus Besar bagi MetLife di Turki. Pada awal kerjaya beliau dengan AIG/Alico, Clurfain menetap dan bekerja di Amerika Latin.

Pengganti Clurfain sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MetLife Jepun K.K. adalah Dirk Ostijn, Ketua bagi EMEA, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan. Ostijn akan melapor kepada Naib Presiden Eksekutif Kishore Ponnavolu, Presiden Wilayah, Asia.

“Dirk telah berjaya memimpin wilayah EMEA kami melalui satu persekitaran operasi yang mencabar,” kata Khalaf. “Di bawah kepimpinan beliau, pasukan EMEA telah membina momentum yang mantap dengan satu saluran peluang-peluang perniagaan baharu yang kukuh, satu tumpuan tanpa henti kepada kecekapan, dan satu model yang pelbagai yang mencakupi lebih 25 pasaran. Saya tahu kepimpinan beliau yang menjadi contoh, kepakaran insurans yang mendalam, dan semangat untuk pelanggan akan dialu-alukan dan dihargai oleh pasukan kami di Jepun.”

Dengan pengalaman lebih 30 tahun, kerjaya Ostijn merangkumi semua aspek industri insurans nyawa, termasuk produk, kewangan, operasi, perkhidmatan pelanggan dan teknologi. Beliau juga menghabiskan lebih satu dekad dalam menguruskan operasi pembrokeran insurans, dengan bertindak sebagai seorang Pengurus Besar di Belgium dan memegang peranan serantau seperti ketua pegawai kewangan dan ketua bagi inisiatif strategik.

Pengganti Ostijn sebagai Ketua bagi EMEA adalah Nuria Garcia, Naib Presiden Kanan dan Timbalan Ketua bagi EMEA. Beliau akan melapor kepada Khalaf.

“Nuria mempunyai satu tumpuan yang mantap kepada pembangunan perniagaan dan perkongsian serta satu keghairahan untuk pelanggan,” kata Khalaf. “Beliau adalah seorang pemimpin yang sangat efektif yang dapat menghubungkan pemegang saham dalaman dan luaran untuk bekerjasama merentasi perniagaan, fungsi dan pasaran. Kepimpinan beliau memainkan satu peranan penting di dalam prestasi kukuh yang berterusan di rantau itu, dan saya mempunyai keyakinan bahawa beliau akan terus membina di atas rekod prestasi ini dengan bergerak ke hadapan.”

Garcia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam EMEA merangkumi pengedaran, pemasaran, operasi dan kewangan, kedua-duanya dengan MetLife dan GE.

“Secara bersama, langkah-langkah ini menunjukkan bukan sahaja komitmen kami kepada pengembangan bakat dan perancangan penggantian, tetapi juga ramai pemimpin kami yang berkaliber yang cukup bersedia untuk mengisi jawatan dan menyampaikan nilai kepada pelanggan dan pemegang saham kami,” kata Khalaf.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13863

No comments:

Post a Comment