Wednesday, October 21, 2020

Fuji Television lancar rancangan ‘Kuiz Pinch Hitter’, ‘Idea Chef’ untuk pasaran dunia

KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Fuji Television Network Inc melancarkan rancangan tanpa skrip terbaharu ‘Kuiz Pinch Hitter’ dan ‘Idea Chef’ di MIPCOM 2020 untuk pasaran antarabangsa.

Bekerjasama rapat dengan penulis skrip TV legenda Yasushi Akimoto, ‘Kuiz Pinch Hitter’ adalah rancangan kuiz yang soalannya merangkumi topik seperti permainan video, anime, matematik, makanan dan perkara remeh yang tidak mudah dijawab

Rakan dan pengikut di media sosial peserta digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sangat sukar semasa siaran langsung.

Sementara itu, ‘Idea Chef’ adalah rancangan pertandingan penyediaan makanan melalui penghasilan resipi unik.

Seorang cef terkemuka, seorang YouTuber yang popular dengan masakan dan seorang suri rumah akan bertembung dalam satu pertunjukan memasak yang serius hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang diumumkan pada masa itu.

Yuki Matsumoto (Penerbit bagi ‘Kuiz Pinch Hitter’ dan ‘Idea Chef’/Jabatan Penerbitan Pelbagai, Fuji TV) dan Ryuji Komiya (Ketua bagi Format, Fuji TV) berharap rancangan tersebut dapat diterima di kebanyakan negara, memandangkan format kedua-dua program berkenaan mudah walaupun dalam keadaan COVID-19 ini.

Fuji Television terus mengekalkan status sebagai peneraju berinovatif dalam industri televisyen Jepun sejak penubuhannya pada 1959.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.fujitv.com/ 

MIPCOM merupakan platform pasaran antarabangsa untuk program komunikasi, berlangsung di Cannes, Perancis pada Oktober setiap tahun.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment