Thursday, October 22, 2020

MEDIACORP SINGAPURA MELANTIK SRIJAN TECHNOLOGIES SEBAGAI SEBUAH RAKAN PEMBANGUNAN PERISIAN

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Srijan Technologies Pte Ltd, anak syarikat berpangkalan di Singapura bagi syarikat Drupal terbesar di Asia, Srijan Technologies Private Limited, telah dilantik sebagai rakan Pembangunan Perisian kepada rangkaian media nasional Singapura Mediacorp, untuk meningkatkan portal pengalaman pelanggan mereka kepada sebuah platform digital moden yang memacukan Produk Digital Mediacorp (Laman Web dan Aplikasi Mudah Alih).


Mediacorp adalah pencipta kandungan terbesar dan rangkaian media nasional Singapura, yang mengendalikan enam saluran TV, 11 stesen radio dan pelbagai platform digital termasuk CNA, aplikasi berita Singapura yang paling banyak digunakan, dan meWATCH, platform video digital mereka.

Srijan meraih perniagaan itu melalui tender persaingan dan akan melaksanakan penglibatan itu sepanjang lebih 36 bulan, dengan agensi pengalaman jenama VMLY&R sebagai rakan reka bentuk. Skop penglibatan itu termasuk reka bentuk UI-UX, seni bina penyelesaian, pembangunan platform teras, pelancaran tapak jenama, dan sokongan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13883

No comments:

Post a Comment