Thursday, October 8, 2020

HAMPIR 70% PELANCONG MERANCANG UNTUK TERBANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM TEMPOH ENAM BULAN AKAN DATANG, MENURUT KAJIAN OAG

 Penerbangan harus terus mengutamakan komunikasi, keselamatan, dan langkah-langkah pencegahan untuk memulihkan dan membina semula keyakinan


LONDON, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal terkemuka dunia bagi data perjalanan dan wawasan, hari ini mengeluarkan Pemulihan COVID-19: Mendapatkan Penumpang Untuk Kembali Menaiki Pesawat, satu laporan baharu mengenai keyakinan pelancong berdasarkan kepada satu tinjauan global ke atas lebih 4,000 pengguna bagi aplikasi perjalanan flightview mereka.

Secara keseluruhan, tahap kebimbangan kerana dijangkiti COVID-19 ketika dalam penerbangan adalah acuh tak acuh, dan kebanyakan pengguna bersikap terbuka untuk melakukan perjalanan udara. Penemuan utama termasuk:

· Enam puluh sembilan peratus berhasrat untuk terbang di peringkat antarabangsa dalam tempoh enam bulan akan datang, sementara 79% mempunyai perancangan untuk perjalanan udara domestik.
· Keinginan untuk melancong adalah lebih jelas di kalangan golongan milenium dan Gen-Z. Kedua-dua generasi kurang cenderung untuk membuat penyesuaian perjalanan dan lebih bersemangat untuk melakukan perjalanan di dalam negeri berbanding dengan rakan sejawatan mereka di seluruh dunia.
· Hampir satu pertiga belum dan tidak berhasrat untuk mengubah tabiat perjalanan mereka.
· Tujuh puluh enam peratus pelancong bersetuju bahawa arahan memakai pelitup muka adalah langkah keselamatan yang paling berkesan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat penerbangan dan lapangan terbang, diikuti dengan prosedur pembersihan yang dipertingkatkan
 
“Sebilangan besar pengguna, terutamanya pelancong yang lebih muda, bersedia untuk terbang dalam keadaan yang paling sesuai,” kata John Grant, ketua penganalisis di OAG. “Kurangnya rasa takut sudah tentu memeranjatkan dan memberi petanda baik untuk pemulihan pasaran. Sudah tentu, pemulihan sepenuhnya akan didorong oleh bagaimana kita dapat melawan pandemik itu di seluruh dunia dan bila sekatan perjalanan boleh ditarik balik dengan selamat.”

Pada skala 10 mata, lebih daripada separuh pengguna menilai kebimbangan dijangkiti COVID-19 ketika melakukan perjalanan kurang dari lima, dengan 21% menunjukkan tidak ada perasaan takut. Namun, OAG mendapati bahawa berkongsi maklumat tepat masa kekal penting untuk membina keyakinan pelancong — malah sebelum bergerak ke lapangan terbang. Sebagai contoh, semasa proses pencarian dan tempahan, kebanyakan pengguna akan menilai kemas kini dan ramalan tepat masa mengenai kapasiti penerbangan dan hotel (61%), dan kadar jangkitan COVID-19 di destinasi yang disasarkan (53%).

Untuk pandangan tinjauan yang lebih mendalam, lihat laporan lengkap itu.

Untuk mengikuti perkembangan berhubung sekatan perjalanan dan keperluan dokumentasi yang berubah-ubah, sila layari flightview.com/traveltools/visas.asp.

Maklumat mengenai OAG
OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201006005678/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Katy Ludwell
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment