TOKYO, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH),
satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang
terletak di Shinjuku, Tokyo amat bangga untuk mengumumkan satu tawaran
masa yang terhad bagi bilik tetamu Hello Kitty dari 1 April hingga 30
Jun; sebuah anak patung asli khas Hello Kitty yang memakaikan uniform
petugas bell sempena sambutan ulang tahun ke-45 operasinya sejak tahun
1971.
Bilik-bilik Hello Kitty
dibuka pada tahun 2014 untuk meraikan ulang tahun ke-40 Hello Kitty pada
1 November. Keio Plaza Hotel Tokyo menawarkan sejumlah lapan buah bilik
Hello Kitty, dalam dua tema “KITTY TOWN,” dengan hiasan pop yang menyeronokkan, dan “PRINCESS KITTY,”
di mana perabotnya juga dikhususkan kepada daya tarikan Kitty.
Bilik-bilik ini telah mengumpulkan perhatian media dari seluruh dunia
dan amat popular di kalangan tetamu penduduk Jepun dan rakyat asing.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8846
No comments:
Post a Comment