Thursday, April 21, 2016

CALVIN KLEIN, INC. MENGUMUMKAN STRATEGI KREATIF GLOBAL BAHARU

NEW YORK, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Calvin Klein, Inc. hari ini mengumumkan satu strategi kreatif global yang baharu bagi syarikat itu, yang akan menyatukan kesemua jenama Calvin Klein di bawah satu visi kreatif. Francisco Costa, Pengarah Kreatif Wanita, Calvin Klein Collection, dan Italo Zucchelli, Pengarah Kreatif Lelaki, Calvin Klein Collection, akan meninggalkan syarikat itu.
Strategi itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada evolusi global ke arah jenama Calvin Klein, yang bermula dengan pemerolehan semula perniagaan jeans dan pakaian dalam mereka pada tahun 2013. Ketika syarikat itu terus membina dirinya menjadi sebuah perniagaan jualan runcit bertaraf global yang bernilai $10 bilion, usaha itu akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu di seluruh dunia dan membuka laluan bagi pertumbuhan jangka panjang di peringkat global pada masa hadapan. Arah haluan jenama baharu itu akhirnya akan mengikuti satu visi kreatif merentasi kesemua kategori perniagaan. Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8912

No comments:

Post a Comment