NANNING, China, 30 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
Bandar
Raya Nanning di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, baru-baru ini
disenaraikan sebagai satu daripada 10 Bandar Raya Bahagia di China,
seperti yang diumumkan pada satu majlis penganugerahan di program
televisyen Everyone's Voice Everyone's Life di China Central Television.
Datuk
Bandar Encik Zhou Hongbo berkata, semasa menerima anugerah itu pada
majlis berkenaan, 10 program yang berpusatkan kepada rakyat termasuk
pengangkutan, penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan akan
dilaksanakan. Zhou juga berkata Bandar Raya Nanning kini bertukar
menjadi Transit Metropolis dengan pengenalan kereta api bawah tanah,
rangkaian pengangkutan awam yang dinaik taraf, lebih banyak bas yang
menggunakan tenaga baharu dan basikal awam, yang akan mewujudkan sebuah
persekitaran pengangkutan yang lebih mudah dan selesa dan kehidupan yang
lebih baik untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment