NORCROSS, Ga., 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recall
Holdings, (ASX: REC), sebuah pemimpin dunia di dalam pengurusan
maklumat, termasuk penyimpanan dokumen, perlindungan data, pemusnahan
secara selamat dan perkhidmatan tadbir urus maklumat, hari ini
mengumumkan perluasan portfolio perlindungan data mereka, termasuk
perkhidmatan pemulihan bencana awan. Perkhidmatan perlindungan data
Recall menyediakan penyelesaian yang komprehensif untuk menjamin,
mengurus dan mentadbir maklumat digital dan fizikal melalui sebuah
platform perkhidmatan yang berpusatkan pelanggan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8840
No comments:
Post a Comment