KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 March (Bernama-BUSINESS WIRE) --
PanaHome MKH Malaysia Sdn Bhd (PanaHome MKH Malaysia), sebuah anak
syarikat disatukan milik PanaHome Corporation (PanaHome), akan
menyediakan kedua-dua pembinaan (kerangka bangunan) dan Pakej Living
Design (hiasan dalaman bina-dalam dan perancangan susun atur) untuk
Maple @ Hillpark Shah Alam Utara, sebuah kompleks perumahan yang terdiri
daripada 490 unit rumah teres dua tingkat yang merangkumi kawasan
seluas 161,510m2. Ini menandakan penglibatan syarikat itu ke
dalam perniagaan perumahan di Malaysia. Pembinaan bagi Maple @ Hillpark
Shah Alam Utara bermula pada awal bulan ini dan dijangka siap pada Mei
2018. Projek lain dalam perancangan termasuk dua projek perumahan
bangunan bertingkat – SAVILLE @ D’LAKE PUCHONG dan TEMARA KL.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8843
No comments:
Post a Comment