HANOI, Vietnam, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Herbalife, sebuah syarikat pemakanan global (NYSE: HLF), hari ini
mengumumkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) telah menamakan
Herbalife Vietnam sebagai Penaja Rasmi Pemakanan bagi atlet Vietnam yang
akan ke Rio 2016. Perjanjian baharu itu menandakan kesinambungan
penajaan pemakanan Herbalife untuk atlet Vietnam ke Sukan Olimpik, serta
penajaan sulung syarikat itu untuk atlet Paralimpik negara.
Sebagai
sebahagian daripada sokongan berterusan Herbalife bagi pemakanan sukan
dan pencapaian di Vietnam, perjanjian itu membuka jalan bagi Herbalife
untuk menyediakan rangkaian produk pemakanannya yang meluas, perundingan
dan latihan pemakanan sukan kepada atlet dan jurulatih yang mengambil
bahagian di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2016 di Rio.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8920
No comments:
Post a Comment