Tuesday, November 16, 2021

TAIWANTRADE.COM MEMPERKENALKAN PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN PALING BERKUALITI DI PAMERAN DALAM TALIAN KESEJAHTERAAN DAN PENJAGAAN WARGA EMAS

Taiwantrade.com mempersembahkan produk penjagaan kesihatan teratas di Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas (Grafik: Business Wire)

TAIPEI, Taiwan, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Taiwantrade.com perkenalkan Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas dari November 2021 hingga Januari 2022, menampilkan produk-produk berkualiti tinggi dan para pembekal dalam bidang profesional dalam industri penjagaan warga emas, penjagaan kesihatan, dan kesejahteraan dari Taiwan. Antara produk-produk yang diketengahkan dalam pameran adalah pendakap & sokongan perubatan, peralatan penjagaan kesihatan & pemulihan, stokin mampatan, penarik kerusi roda, pembalut luka hidrokloid, produk penjagaan rambut & salon, lain-lain. Terokai pelbagai tawaran-tawaran hebat sekarang di: 
https://pse.is/3qhak8.

Siaran akhbar ini menampilkan multimedia. Lihat keluaran penuh di sini
https://www.businesswire.com/news/home/20211114005318/en/

Dengan wabak yang masih berleluasa, Pameran Dalam Talian Kesejahteraan dan Penjagaan Warga Emas menawarkan pembeli akses mudah dan selamat kepada pelbagai jenis produk yang berkualiti dari Taiwan. Pameran dalam talian termasuk hampir 1,000 produk daripada lapan pembekal Taiwan yang sangat hebat, pelawat bukan sahaja boleh melayari imej 360 darjah dan video untuk melihat dengan lebih dekat tentang butiran produk tetapi juga dapat menggunakan perkhidmatan penyumberan untuk berhubung dengan pembekal dalam talian.

TAIWANTRADE.COM MEMPERKENALKAN PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN PALING BERKUALITI DI PAMERAN DALAM TALIAN KESEJAHTERAAN DAN PENJAGAAN WARGA EMAS

No comments:

Post a Comment