Saturday, November 20, 2021

SIARAN GAMBAR - AMBANK SUMBANG PERANTI 'TABLET' DAN BANTUAN MAKANAN UNTUK PARA PELAJAR DARI GOLONGAN B40 DI PULAU PINANG

Tuan Syed Anuar Syed Ali, Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank (2 dari kiri) dan Ong Gaik Leng, Pengarah Wilayah Utara, Kumpulan AmBank (paling kanan) menyempurnakan penyerahan sumbangan peranti tablet dan keperluan asas kepada ibu bapa serta para pelajar dari golongan B40 di SMK Sg Ara, Pulau Pinang pada 16 November 2021.



KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- 
Kumpulan AmBank telah menyumbang sebanyak 69 peranti ‘tablet’ berserta langganan internet selama setahun dan bantuan makanan yang terdiri dari keperluan asas untuk tempoh 3 bulan bermula dari Oktober sehingga Disember 2021 kepada sejumlah 69 pelajar dari keluarga B40 di Pulau Pinang.
 
Inisiatif ini adalah sebahagian dari usaha tanggungjawab sosial korporat Kumpulan AmBank dalam mendekati golongan komuniti yang kurang berkemampuan dan pada masa yang sama, meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.
 
Sumbangan peranti ‘tablet’ dan bantuan makanan diberikan kepada para pelajar dari SMK Sungai Ara dan SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Tuan Syed Anuar Syed Ali, bersama warga kerja ibu pejabat serta cawangan AmBank dari Pulau Pinang.

Sumber: Kumpulan AmBank 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15255

No comments:

Post a Comment