Thursday, November 18, 2021

BUKU 'LITERASI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA' DAPAT MEMBANTU KELUARGA MALAYSIA

YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan buku ‘Literasi Kewangan Islam Di Malaysia’ dalam satu sesi secara dalam talian di Radio IKIM. (Dari kiri: Dr. Muhammad Hisyam Mohamad, YBhg. Dr Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Kanan sekali: Pn. Nur Syahidah Abdul Jalil)

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menerbitkan buku ‘Literasi Kewangan Islam Di Malaysia’, yang telah dilancarkan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu sesi secara dalam talian di Radio IKIM.

Beliau dalam ucapannya antara lain berkata, penerbitan buku ini memang kena pada masanya. Berdasarkan statistik terkini kadar celik kewangan dalam kalangan  masyarakat Malaysia masih rendah iaitu sekitar 36-40 peratus berbanding 59 peratus bagi Singapura dan lebih 70 peratus bagi  negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi atau Organisation For Economic Operation And Development (OECD).

BUKU 'LITERASI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA' DAPAT MEMBANTU KELUARGA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment