Friday, November 5, 2021

MARY KAY INC. MENYOKONG PROJEK YANG DITERAJUI USAHAWAN WANITA UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN AIR DI MONTERREY DALAM PERKONGSIAN DENGAN THE NATURE CONSERVANCY




MONTERREY, Mexico, 3 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan penajaan sebuah projek untuk meningkatkan keselamatan air di Monterrey dengan perkongsian bersama The Nature Conservancy. Projek itu, yang diketuai oleh sekumpulan usahawan wanita, memberi tumpuan kepada memulihkan spesies pokok tempatan di kawasan sekitar di bandar raya Monterrey untuk membantu mengekalkan perkhidmatan ekosistem, mengurangkan risiko dan kesan banjir di bandar raya itu, dan memulihkan hutan yang terdegradasi di wilayah itu. Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211102006106/en/
Bandar raya Monterrey pada masa ini menempatkan empat juta orang. Terletak di sebuah kawasan yang secara semula jadi terdedah kepada kejadian hidrometeorologi yang melampau seperti taufan dan banjir, bandar raya itu sering menghadapi cabaran bekalan air yang serius. Berhampiran bandar raya itu adalah Taman Negara Cumbres de Monterrey, sebuah rizab semula jadi yang dilindungi yang menyumbang kira-kira 60% air yang datang ke bandar raya itu. Kawasan itu juga menyokong kawalan aliran air hujan lebat yang memberi kesan kepada orang ramai, ternakan tempatan dan infrastruktur bandar. Untuk mengekalkan daya ketahanan alam sekitar, litupan tumbuhan perlu dipulihkan dan pengeluaran tumbuhan asli di tapak semaian harus dipastikan. Walaupun Suruhanjaya Kebangsaan bagi Kawasan Semula Jadi Terlindung Mexico (CONANP) telah menetapkan peraturan yang memerlukan penggunaan spesies asli untuk penghutanan semula, tapak semaian hutan di wilayah itu tidak mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini. Kawasan itu juga menawarkan peluang yang sangat sedikit kepada petani tempatan untuk membangunkan aktiviti ekonomi selenggara diri. “Kami sangat gembira kerana dapat mengharapkan bantuan ini yang menggalakkan kami untuk terus bekerja demi manfaat alam semula jadi dan berupaya untuk menjanakan sumber yang meningkatkan ekonomi tempatan kami,” kata Doña Angelica, ketua bagi Mujeres Unidas Para La Conservación de Laguna de Sanchez, satu daripada organisasi rakan The Nature Conservancy di Mexico. “Dengan bantuan ini kami akan dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi loji yang akan digunakan dalam penanaman semula hutan pada masa hadapan.” Mary Kay dan The Nature Conservancy menyokong sekumpulan usahawan wanita di dalam komuniti Laguna Sanchez yang mengetuai satu inisiatif unik untuk memerangi cabaran ini. Kumpulan pemilik tanah ini mengeluarkan beberapa spesies tumbuhan asli untuk digunakan bagi projek penanaman semula hutan di taman negara itu. Projek itu bukan sahaja akan menangani keperluan yang semakin meningkat bagi spesies ini, tetapi juga meningkatkan mata pencarian untuk keluarga mereka dan ahli masyarakat luar bandar. Tapak semaian hutan mereka mempunyai kapasiti untuk menanam kira-kira 45,000 pokok setahun, termasuk pain putih (Pinus pseudostrobus) dan pain batu (Pinus cembroides). Spesies ini, termasuk di dalam satu alat saintifik yang dibangunkan oleh The Nature Conservancy untuk pemulihan ekologi di kawasan itu, terkenal kerana mencegah hakisan, menggalakkan penyusupan air, toleransi kemarau, dan mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula. “Memperkasakan wanita dan memelihara sumber Bumi adalah dua daripada tonggak matlamat Mary Kay,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Sebagai seorang penyokong untuk kepimpinan wanita, kami amat bangga untuk melihat bagaimana pemimpin tempatan ini mengemudi perubahan di dalam komuniti kami, memainkan satu peranan penting di dalam pemeliharaan sumber semula jadi kami yang paling berharga dan memupuk sebuah masa depan yang mapan untuk beribu-ribu keluarga di wilayah itu.” Untuk membantu menceritakan kisah pemerkasaan dan pemuliharaan semula jadi bagi Angelica dan Mujeres Unidas Para La Conservación de Laguna de Sanchez, Mary Kay Inc. telah menghasilkan sebuah filem pendek dengan kerjasama The Nature Conservancy. Ditulis, diarah dan dihasilkan oleh sebuah pasukan yang kesemuanya terdiri daripada wanita, Forest of Hope adalah satu perjalanan ke barisan hadapan bagi perjuangan untuk menyelamatkan planet kita daripada ancaman perubahan iklim dan tingkah laku manusia yang memusnahkan, di mana kita melihat sekumpulan penyokong pemuliharaan wanita boleh melakukan satu perbezaan. Tonton treler Forest of Hope di sini.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15178


No comments:

Post a Comment