Friday, November 12, 2021

47,000 BUKU PERCUMA BAGI PESERTA WANITA BANGKIT BERNIAGA – 17 HARI LAGI, WBB BAKAL BERMULA

PUCHONG, 9 Nov (Bernama) -- Sebanyak 47,000 buku percuma akan diberikan kepada peserta program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang berlangsung pada 26 - 28 November ini. Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Radz Mohd., buku tersebut menampilkan 100 usahawan di bawah bimbingan kami yang sudah mencapai jualan lebih RM1 juta ke atas dalam setahun. Katanya, usahawan itu yang terdiri dari pelbagai latar belakang kebanyakannya merupakan golongan wanita." Buku terbaru ini bertajuk 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation juga dicetak khas sempena hari jadi ke-47 Pengasas RichWorks International dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada Ahad ini. "Ia setebal 600 lebih halaman, pastinya memberikan inspirasi, idea dan bukti bahawa anda terutama wanita juga mampu bina bisnes yang berjaya," katanya ketika ditemui pada Jerayawara Jutawan Wanita di Wisma Mutyara sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International, Hasnita Ahmad dan Pengasas jus kesihatan Mutyara, Tya Arifin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Asyraf Khalid. Asyraf dan Tya yang akan tampil dalam WBB membawa Datuk Seri Rina melihat tempat pengoperasian Mutyara yang telah dan sedang membantu lebih 24,000 usahawan yang mana 99 peratus adalah wanita di bawah mereka. Tambah Radz, bagi mendapatkan buku percuma itu, mereka perlu mendaftar dalam program WBB sebelum menerima e-buku atau buku fizikal dengan hanya membayar kos penghantaran. Dalam pada itu, Datuk Seri Rina memberitahu, program WBB ini dilihat mendapat sambutan yang baik dengan jumlah pendaftaran setakat ini sudah mencapai 16,000 orang. "Saya menyeru orang ramai terutama golongan wanita di luar sana untuk tak melepaskan peluang ini dengan sertai WBB malah mendapatkan buku 100 Usahawan Jutawan ini. "Mereka akan diberikan pendedahan dan dilatih bagaimana nak memulakan dan menjalankan bisnes yang berjaya serta platform mulakan bisnes, insyaAllah," jelasnya. Untuk mendaftar program WBB dan mendapatkan buku 100 Usahawan Jutawan, layari laman web wanitabangkitberniaga.com. (Untuk digital/online minta hyperlink kepada laman web). TENTANG RICHWORKS Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
www.richworks.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15195

No comments:

Post a Comment