Wednesday, November 10, 2021

DARIPADA "PEMBUATAN" KEPADA "PEMBUATAN PINTAR" -- INDUSTRI KENDERAAN TENAGA ELEKTRIK BAHARU DI DAERAH GANGBEI, BANDAR RAYA GUIGANG, GUANGXI KE DALAM ERA PINTAR



GUIGANG, China, 9 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sebuah motosikal elektrik boleh dihasilkan dalam masa 30 saat, dengan sebuah rangka ralat ketepatan kurang daripada 0.5 mm. Baru-baru ini, bertempat di Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Tenaga Elektrik Baharu China-ASEAN, kilang pintar itu di Guangxi Luyuan Electric Vehicle Co.,LTD telah dilancarkan sepenuhnya, di mana bengkel-bengkel moden akan merealisasikan “pembuatan kukuh” di dalam kualiti lebih daripada “pembuatan besar-besaran” dalam pengeluaran, menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Bandar raya Guigang.

Kilang pintar itu, dengan jumlah pelaburan RMB 400 juta, meliputi sebuah kawasan seluas 258 mu dan hanya mengambil masa 248 hari dari pecah tanah pada Disember 2020 sehingga siap pada September 2021. Dengan pemprosesan paip, kimpalan dan peralatan proses pemasangan termaju dalam industri, dan melalui pengeluaran pintar dan digital di kilang itu, ketersambungan maklumat masa nyata dan pemprosesan automatik telah dicapai dalam proses utama seperti pembuatan rangka, salutan bahagian besi dan plastik, pembuatan motor dan pemasangan keseluruhan motosikal. Selain itu, peralatan pengeluaran di bengkel itu telah dimasukkan ke dalam Internet Benda (IoT), yang bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan, tetapi juga mengurangkan kos buruh.

Di dalam kilang pintar ini, pemotongan, lenturan dan kimpalan automatik direalisasikan dalam pembuatan rangka bagi motosikal elektrik, yang dipantau dengan menggunakan sistem MES, supaya ralat ketepatan bagi produk siap adalah kurang daripada 0.5 mm. Ia dirancang untuk melengkapkan kilang pintar itu dengan 10 barisan pengeluaran automatik untuk prapemasangan segerak, 5 daripadanya telah siap setakat ini. Dengan barisan pengeluaran ini, sebuah motosikal elektrik boleh dihasilkan setiap 30 saat, yang mana produknya bergerak daripada “pembuatan besar-besaran” dalam pengeluaran kepada “pembuatan yang kukuh” dalam kualiti.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Gangbei di Bandar raya Guigang, Guangxi, telah merebut peluang pembangunan yang dibawa oleh Inisiatif Belt and Road, dan terus mengoptimumkan persekitaran perniagaan, merancang untuk membina sebuah Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Tenaga Elektrik Baharu China-ASEAN seluas 10,000-mu. Sehingga kini, hampir 100 perusahaan kenderaan elektrik telah diperkenalkan dan lebih daripada 50 perusahaan kenderaan elektrik telah mula beroperasi. Pusat Ujian Kualiti Produk Kenderaan Tenaga Elektrik Baharu Guangxi dan Persatuan Industri Kenderaan Elektrik Guangxi telah diwujudkan dengan jayanya. Kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 4 juta motosikal elektrik beroda dua, 500,000 kenderaan elektrik beroda tiga dan 5 juta set alat ganti telah dibentuk, dengan kadar padanan tempatan mencecah 80%.
 
Dari Januari hingga September tahun ini, nilai keluaran industri bagi perusahaan melebihi saiz yang ditetapkan di dalam industri kenderaan tenaga elektrik baharu bagi Daerah Gangbei meningkat sebanyak 37.9% tahun ke tahun. Komponen utama seperti motor dan bahagian plastik terus dijual kepada pasaran domestik dan ASEAN. Selain itu, Daerah Gangbei juga mencipta “Marshal Travel”, sebuah jenama basikal elektrik yang dikongsi tempatan, yang telah mula beroperasi, dan ia merancang untuk meletakkan lebih 500,000 basikal elektrik yang dikongsi di Guangxi dalam tempoh lima tahun, dan berkembang ke seluruh negara pada masa hadapan.

Huang Yingmei, Setiausaha Parti bagi Daerah Gangbei, berkata: “Kami akan cuba yang terbaik untuk memupuk sebuah kluster industri kenderaan tenaga elektrik baharu tahap 100 bilion, dan berusaha untuk mencapai sasaran projek '311' bagi industri kenderaan elektrik semasa ‘Rancangan Lima Tahun ke-14’, iaitu, 30 juta kenderaan elektrik (set aksesori) akan dikeluarkan setiap tahun, untuk mencapai nilai output sebanyak RMB 100 bilion dan hasil cukai RMB 10 bilion.”
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Guigang
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=406773
 
   Kapsyen: Robot di kilang pintar Luyuan Guigang sedang memasang produk. Di sana terdapat 60 robot kimpalan di kilang sekarang.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15196

No comments:

Post a Comment