Thursday, December 3, 2020

LEDDARTECH, PENAJA UTAMA MINGGU DUNIA MAYA PENDERIA & IOT PADA BULAN DISEMBER, MENEROKA MODALITI PENDERIA DAN DATA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNTUK PEMANDUAN AUTOMATIK

QUEBEC CITY, 2 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1-5, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam acara Minggu Dunia Maya Penderia & IoT tahun ini yang akan berlangsung antara 7-11 Disember 2020.


Acara penstriman langsung ini menyediakan forum yang menarik bagi delegasi untuk berinteraksi dan belajar daripada peneraju teknologi dan inovasi dari seluruh dunia melalui acara ucap utama, sesi panel dan perbincangan meja bulat.

“Kami tidak sabar untuk menyertai Minggu Penderia & IoT sebagai penceramah dan pempamer untuk berkongsi pemahaman kami, untuk bekerjasama serta untuk bertukar-tukar idea dan konsep yang membentuk masa hadapan industri ini,” kata Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi LeddarTech. “Dalam kajian kes, saya akan membentangkan betapa modaliti penderiaan menyumbang kepada pengesanan dan respons objek dan peristiwa (Object and Event Detection and Response, OEDR) serta betapa pergabungan penderia dan tindanan persepsi amat penting dalam penyediaan data berkualiti tinggi yang boleh diambil tindakan dan diperlukan untuk prestasi kenderaan berautonomi,” ujar Mr. Olivier.

Penyertaan LeddarTech:
7-11 Disember: Pondok pameran maya LeddarTech mempamerkan pelbagai penyelesaian penderiaan yang ditawarkan termasuk LeddarVision™ untuk aplikasi ADAS dan AD. Wakil teknikal akan bersedia dalam talian sepanjang acara tersebut untuk menjawab pertanyaan delegasi.

“Acara ini merupakan acara terbaharu dalam jadual acara yang hebat bagi LeddarTech tahun ini kerana kami telah bergiat aktif dan terlibat dalam lebih tiga puluh acara digital dan langsung, termasuk pelbagai webinar antarabangsa,” kata Daniel Aitken, Timbalan Presiden Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk LeddarTech. “Pertukaran daripada acara fizikal kepada acara digital telah membolehkan LeddarTech berhubung dengan ramai pelanggan dan rakan kongsi baharu dan kami akan terus meningkatkan momentum ini pada tahun 2021,” ujar Mr. Aitken.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaa tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan melalui LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

Sumber: LeddarTech inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14057

No comments:

Post a Comment