Friday, December 11, 2020

Festival Karnival "Menyeberangi Lautan - Berkumpul Di Haikou Pada Malam Tahun Baharu" Bakal Diadakan




 HAIKOU, China, 10 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --


Menurut Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou, Festival Karnival “Menyeberangi Lautan - Berkumpul di Haikou pada Malam Tahun Baharu” akan diadakan dari November, 2020 hingga akhir Februari, 2021.
 
Dengan hutan hujan, seni taman gunung berapi, pantai yang putih bersih dan begitu banyak tempat untuk bermain luncur air, pulau tropika Hainan itu adalah seakan Hawaii bagi China. Dengan begitu banyak sambungan antarabangsa, pengunjung tertarik ke Hainan untuk melihat pemandangan dan pancaran matahari, beberapa daripada hotel terbaik di China terletak di pantai berpasir dengan deretan pokok palma yang berbatu-batu panjangnya dan di ibu kota Haikou yang terletak di pinggir air, yang juga dikenali sebagai Bandar raya Kelapa.

Haikou bukan sahaja menjadi pintu masuk ke Hainan, ia juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, dengan banyak kawasan kejiranan bersejarah yang sangat indah, yang dikenali sebagai Qilou, yang digambarkan dengan ciri-ciri jalan-jalan pejalan kaki dan serambi anjung arked yang terdiri daripada kafe, kedai dan pasar kraftangan yang berwarna putih lesi. Qilou di Haikou adalah merupakan suatu tempat untuk menghirup teh pada waktu pagi dan sup nasi berempah ketika pengunjung menyaksikan kehidupan seharian yang berlatarbelakangkan seni bina Asia Tenggara yang berabad lamanya.

Jalan-jalan yang penuh sejarah ini adalah juga merupakan tempat untuk mengadakan satu festival yang hebat di seluruh bandar yang bakal berlangsung pada Tahun Baru Cina, ketika Haikou berusaha untuk melonjakkan dirinya sebagai ‘Bandar raya bagi Malam Tahun Baharu’. Meliputi lebih dari 200 acara kebudayaan dan hiburan semasa musim perayaan itu - festival ‘Menyeberangi Lautan’ itu akan menyaksikan jalan-jalan, taman-taman dan pantai-pantai di Haikou berubah dengan acara-acara muzik, teater, seni dan sukan. Satu pertunjukan cahaya dan bayang-bayang ‘5D’ akan menerangi muka bangunan qilou yang berwarna putih lesi itu, dengan satu lagi pertunjukan seni cahaya berlangsung di Dataran Sun Moon. Haikou Bay Bund yang popular itu akan menjadi lokasi bagi persembahan seni jalanan, sementara kedai-kedai bebas cukai akan menawarkan potongan harga sepanjang festival itu – satu persetujuan kepada rancangan yang baru dilancarkan untuk mengubah pulau itu menjadi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan - zon perdagangan bebas terbesar di China.

Festival Karnival ini dirancang untuk menjadikan “Berkumpul di Haikou” sebagai satu jenama bagi Haikou dan “bandar raya bagi Malam Tahun Baharu itu” lebih mantap sebagai simbol bandar Haikou. Ini akan sangat penting bagi Haikou untuk memperdalamkan penyepaduan di antara budaya dan pelancongan, membina sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa dan menyokong pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Sumber: Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Haikou


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14083

No comments:

Post a Comment