Wednesday, December 23, 2020

KUMPULAN APTORUM MENGUMUMKAN PENYERAHAN UNTUK PERMOHONAN UJIAN KLINIKAL BAGI ALS-4, SEJENIS UBAT MOLEKUL KECIL YANG DIBERIKAN MELALUI MULUT UNTUK RAWATAN BAGI JANGKITAN YANG DISEBABKAN OLEH STAPHYLOCOCCUS AUREUS TERMASUK STAPHYLOCOCCUS AUREUS YANG TAHAN METHICILLIN (MRSA)

NEW YORK & LONDON & PARIS, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --


Berita  Kawal Selia:

Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM, Euronext Paris: APM) (“Kumpulan Aptorum” atau “Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada teknologi baharu untuk rawatan bagi pelbagai keadaan perubatan termasuk penyakit berjangkit, telah mengumumkan bahawa syarikat itu, melalui anak syarikat miliknya sepenuhnya Aptorum International Limited, telah mengemukakan Permohonan Ujian Klinikal (CTA) dengan Agensi Kesihatan Awam Kanada (Health Canada) untuk menjalankan satu ujian klinikal Fasa 1 bagi ALS-4, sejenis ubat molekul kecil yang diberikan melalui mulut untuk rawatan bagi jangkitan yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus termasuk Staphylococcus aureus yang tahan Methicillin (MRSA). Sementara menunggu kelulusan Health Canada, ujian Fasa 1 itu direka untuk menguji keselamatan, toleransi dan farmakokinetik bagi ALS-4 terhadap sukarelawan yang sihat.

Dr. Clark Cheng, Ketua Pegawai Perubatan dan Pengarah Eksekutif bagi Kumpulan Aptorum, berkata: “Susulan kepada kemas kini kami sebelum ini pada September 2020, kami dengan sukacita ingin mengumumkan penyerahan CTA ini yang merupakan satu kejayaan besar bagi  perkembangan program antimikrobial ALS-4 kami. ALS-4 adalah satu molekul kecil baharu yang mengambil satu pendekatan anti-virulens (bukan antibiotik) untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi yang semakin meningkat yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus. ALS-4 adalah sejenis ubat yang diberikan melalui mulut dan dengan itu selaras dengan dasar penjagaan kesihatan global untuk secara aktif mempromosikan pertukaran daripada IV kepada rawatan antimikrobial1,2,3 yang berasaskan mulut. Seperti yang ditunjukkan di dalam data praklinikal dalaman kami dan tertakluk kepada ujian klinikal selanjutnya, ALS-4 berpotensi untuk digunakan secara kendiri atau digabungkan dengan antibiotik yang sedia ada (contohnya, vancomycin) dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kematian dan morbiditi di kalangan pesakit yang dijangkiti terutamanya dalam kes yang teruk. Kami percaya bahawa ubat ALS-4 yang diberikan melalui mulut juga berpotensi untuk menangani pelbagai jangkitan yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) bakteremia MRSA dan jangkitan kulit & tisu lembut, tertakluk kepada ujian klinikal masing-masing.”

Ujian klinikal Fasa 1 itu dirancang untuk dijalankan di Kanada dan disasarkan untuk merekrut sehingga 48 dan 32 sukarelawan yang sihat untuk masing-masing kohort dos tunggal menaik (SAD) dan dos pelbagai menaik (MAD). Objektif utama bagi ujian itu adalah untuk menilai keselamatan dan toleransi bagi SAD dan MAD bagi ALS-4 yang diberikan melalui mulut kepada subjek yang sihat. Objektif sekunder adalah untuk menilai profil farmakokinetik bagi SAD dan MAD bagi ALS-4 yang diberikan melalui mulut kepada subjek yang sihat.

Maklumat mengenai ALS-4

Sebagai sebahagian daripada platform penyakit berjangkit Acticule Kumpulan Aptorum, ALS-4 adalah ubat molekul kecil baharu yang diberikan melalui mulut yang pertama dalam kelasnya yang didasarkan kepada satu pendekatan anti-virulens (bukan antibiotik) yang mensasarkan Staphylococcus aureus termasuk MRSA. ALS-4 mensasarkan untuk menghalang ciri-ciri virulens bagi bakteria dan menjadikannya sangat rentan terhadap pelepasan imun hos dan juga berpotensi untuk memberikan manfaat tambahan di dalam gabungan dengan antibiotik yang sedia ada.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14132

No comments:

Post a Comment