Tuesday, December 15, 2020

INTERACTIVE BROKERS GROUP MENUBUHKAN PEJABAT EROPAH TENGAH

Thomas Peterffy, Pengasas, Pengerusi dan Pengasas, Interactive Brokers (Foto: Business Wire)

Interactive Brokers Eropah Tengah akan Berkhidmat kepada Pelabur dan Pengurus Kekayaan di Wilayah yang Berkembang Pesat

GREENWICH, Conn., 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah syarikat pembrokeran global, hari ini mengumumkan penubuhan Interactive Brokers Central Europe Zrt., (IBCE) dan pembukaan sebuah pejabat di Budapest. Dengan penambahan Hungary, firma pembrokeran global itu kini mempunyai 10 entiti di seluruh dunia di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, Singapura, dan United Kingdom, yang memberi perkhidmatan kepada lebih satu juta akaun pelanggan di lebih  220 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201214005711/en/

“Menubuhkan sebuah pejabat di Hungary adalah merupakan sebahagian daripada trend kami yang berterusan dalam membuka entiti di seluruh dunia untuk menyokong kehadiran kami yang semakin meningkat di peringkat global,” kata Thomas Peterffy, pengerusi bagi Interactive Brokers. “Kami merancang untuk menjadikan Budapest sebagai pusat bagi operasi kami untuk Eropah Tengah bagi mengikuti pertumbuhan akaun, yang pesat di Eropah Barat dan Timur dan di seluruh dunia.”

Lebih satu perempat daripada akaun Interactive Brokers kini datang dari Eropah dan Afrika, dan pertumbuhannya adalah teguh. Setakat 30 November, akaun pelanggan di seluruh dunia telah meningkat 52% dari tahun sebelumnya, dengan lebih 80% daripada pengembangan itu datang dari luar Amerika Syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14105

No comments:

Post a Comment