Wednesday, December 9, 2020

GRAVITY NEOCYON MEMBUKA PRAPESANAN UNTUK PERMAINAN BAHARU 'ACTION RO2: SPEAR OF ODIN' DI RANTAU ASIA TENGGARA PADA 8 DISEMBER

 


Table

Gravity Neocyon, sebuah anak syarikat milik Gravity, telah membuka prapesanan bagi RPG aksi mereka yang menggunakan IP Ragnarok ‘Action RO2: Spear of Odin’ untuk rantau Asia Tenggara. Permainan itu akan memikat pemainnya dengan aksi pemandangan dan visual yang mempesonakan. Permainan itu akan menyokong bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris di lima rantau: Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia. Acara-acara dibuka untuk meraikan pelancaran bagi prapesanan itu. hadiah sebuah kereta model terkini yang bernilai USD 15,100 kepada seorang daripada pengguna prapesanan; di samping menghadiahkan barangan permainan mengikut jumlah prapesanan yang diterima dan “suka” yang diklik di laman Facebook rasmi permainan itu. (Grafik: Business Wire)


- RPG aksi pertama yang menggunakan IP Ragnarok yang akan dikeluarkan dalam tempoh masa satu tahun
- Menawarkan perkhidmatan di Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia dalam bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris
- Pelancaran permainan global yang pertama sejak Neocyon mengubah nama kepada Gravity Neocyon
 

SEOUL, Korea Selatan, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gravity Neocyon, Inc., sebuah anak syarikat milik Gravity, telah membuka prapesanan untuk permainan baharu mereka, ‘Action RO2: Spear of Odin’ bagi rantau Asia Tenggara pada 8 Disember.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201208006213/en/

‘Action RO2: Spear of Odin’ dibangun dan diserviskan oleh Gravity Neocyon. Sebuah RPG aksi yang menggunakan IP Ragnarok, pemain-pemain ‘Action RO2: Spear of Odin’ akan mengembara dan mengumpulkan pelbagai barangan permainan dan kad untuk mengembangkan strategi dan gaya yang unik. ‘Action RO2: Spear of Odin’ akan memikat pemainnya dengan aksi pemandangan dan visual yang mempesonakan.

Permainan itu akan menyokong bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris di lima rantau: Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia.

IP Ragnarok itu sangat dikenali dan menjadi pilihan di rantau ini. ‘Action RO2: Spear of Odin’ akan menjadi permainan pertama bagi genre itu yang digunakan oleh IP Ragnarok bagi rantau-rantau ini. Gravity Neocyon merancang untuk menyasarkan pengguna tempatan berdasarkan kepada titik pembezaan bagi permainan baharu ini. Permainan itu dijadual dilancarkan dalam tempoh satu tahun.

“Action RO2: Spear of Odin telah disiapkan dengan teliti memandangkan ia merupakan permainan pertama yang dilancarkan secara global sejak kami menukar nama kami dari Neocyon kepada Gravity Neocyon,” kata seorang orang dalam di Gravity Neocyon. “Ia akan memberikan keseronokan yang berbeza berbanding dengan permainan lain yang menggunakan IP Ragnarok. Pengguna akan dapat menikmati pembuatan peralatan dan kad permainan, dll. dan juga bermain dengan rakan-rakan melalui sistem serangan itu.”

Beberapa acara dibuka untuk meraikan pelancaran bagi prapesanan itu. Acara tersebut termasuk hadiah sebuah kereta model terkini yang bernilai USD 15,100 kepada seorang daripada pengguna prapesanan; di samping menghadiahkan barangan permainan mengikut jumlah prapesanan yang diterima dan “suka” yang diklik di laman Facebook rasmi permainan itu.

Diwujudkan pada tahun 2000, Neocyon telah mengubah nama mereka kepada Gravity Neocyon pada 2 Disember, 2020, untuk memaksimumkan sinergi dengan syarikat induk mereka, Gravity, dan meningkatkan kecekapan perniagaan dan kuasa daya saing.

[Facebook] https://www.facebook.com/RO2Odin/
[Halaman Acara Prapesanan] https://ro2odin.gnjoy.id/

Maklumat mengenai Gravity Neocyon

Diwujudkan pada tahun 2000, Neocyon adalah sebuah pakar kandungan mudah alih yang secara komprehensif menyokong sistem, kandungan, dan perkhidmatan itu. Bidang perniagaan mereka termasuk pembentukan platform perkhidmatan mudah alih, pengembangan kandungan mudah alih, pemasaran dalam talian, dan perkhidmatan penerbitan di Korea dan di luar negara. Sejak tahun 2006, khususnya, syarikat itu telah menghasilkan keputusan yang luar biasa dengan versi mudah alih bagi “Ragnarok Online,” sebuah jenama permainan global, di Korea, Jepun, dan Amerika Utara. Ia juga membangunkan pelbagai permainan mudah alih dan permainan SNS, multimedia, realiti terimbuh, dan kandungan aplikasi. Pada tahun 2020, ia menukar nama itu kepada Gravity Neocyon untuk memaksimumkan sinergi dengan syarikat induk mereka, Gravity, dan meningkatkan kecekapan perniagaan dan kuasa daya saing.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20201208006213/en/

Hubungi

Gravity Neocyon
InKyung Kwon
+82-2-2132-6996
sagomong@neocyon.com

Sumber : Gravity Neocyon, Inc.

No comments:

Post a Comment