Friday, December 25, 2020

Harry Potter: Puzzles & Spells Mengalu-alukan Percutian Musim Sejuk Dengan Acara Koleksi Bertemakan Krismas, Makhluk Ajaib Baharu Dan Kejutan Sosial Sepanjang Disember

 




Zayn Malik Menunjukkan Tanda Gaya dengan Avatar dan Pesanan Khas untuk Peminat Harry Potter: Puzzles & Spells


SAN FRANCISCO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201222005003/en/

SIAPA:
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa perayaan percutian musim sejuk dilancarkan dalam permainan mudah alih yang baharu dikeluarkan Harry Potter: Puzzles & Spells. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Games dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, pemain-pemain bagi permainan itu akan dilayan dengan satu siri perayaan bermusim pada sepanjang Disember, yang mencakupi dari acara koleksi waktu terhad khas sehingga kepada pelbagai hiasan dan kejutan.
 
APA:
Di dalam permainan itu, pemain dapat mengumpulkan kad untuk melengkapkan album ‘Christmas in the Wizarding World’ yang baharu dan waktu terhad untuk mendapatkan sebuah Unikorn mitos sebagai makhluk ajaib peneman mereka. Kemudian pada bulan itu, hiasan dan cuaca percutian akan menjadikan Hogwarts sebuah kawasan dingin dan ajaib yang hebat ketika pemain menghadapi kepingan salji yang jatuh pada papan permainan mereka yang dapat dikumpulkan untuk mendapatkan hadiah. Dengan membawa kegembiraan kepada perayaan itu, dorongan ‘Wizard Cracker’ yang berwarna cerah akan jatuh ke dalam teka-teki tanpa disangka-sangka, untuk memberikan hadiah kepada pemain bagi membuat permata tambahan ketika mereka menyelesaikan teka-teki di dalam permainan Match-3 ajaib ini.
 
Dengan membawa gaya kepada musim itu, artis antarabangsa dan peminat Harry Potter yang terkenal, Zayn Malik telah bekerjasama rapat dengan pasukan Zynga untuk membuat elemen penyesuaian baharu bagi tajuk Match-3 yang ajaib itu. Untuk meniru lebih banyak ciri-ciri yang menyerupai avatar beliau di Harry Potter: Puzzles & Spells, Zayn telah berusaha untuk mewujudkan penyesuaian baharu bagi bulu kening, anting-anting, janggut dan mata yang akan tersedia dalam permainan bagi semua pemain pada tahun baharu. Malik telah berkongsi karya seni avatar dalam permainan beliau di saluran sosial beliau sendiri pada Disember, dengan satu jemputan buat peminat beliau dan rakan pemain untuk berkongsi gambar mereka sendiri.

Selain itu, ketika kalendar tiba pada Malam Krismas, pemain boleh juga mengunjungi saluran sosial Harry Potter: Puzzles & Spells untuk mendapatkan lebih banyak kejutan dan sorakan percutian pada minggu terakhir tahun itu.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14136

No comments:

Post a Comment