Monday, June 15, 2020

PRA MENINGKATKAN PROGRAM PEMANTAUAN COVID-19 DENGAN PENYEPADUAN PERKHIDMATAN MICROSOFT HEALTHCARE BOT

RALEIGH, N.C., 15 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan peningkatan Program Pemantauan COVID-19 Health Harmony miliknya dengan penyepaduan perkhidmatan Microsoft Healthcare Bot. Pengguna platform digital Health Harmony PRA yang mendaftar dalam Program Pemantauan COVID-19 organisasi mereka boleh menggunakan bot sembang berdasarkan AI, yang boleh mengenal pasti menjawab soalan yang berkaitan COVID-19, untuk meningkatkan penjagaan COVID-19 mereka sendiri.

Melalui siri soalan perbualan dan interaksi dalam platform kesihatan digital Health Harmony PRA, bot sembang COVID-19 membandingkan simptom pengguna dengan panduan Pusat Kawalan Penyakit kemudian mengesyorkan salah satu daripada tiga program COVID-19 yang boleh mereka daftar. Untuk pengguna aplikasi Health Harmony, pengalaman pendaftaran adalah lebih diperibadikan dan lebih tepat dalam menentukan tahap penjagaan COVID-19 yang diperlukan. Bagi organisasi yang telah melaksanakan Program Pemantauan COVID-19 PRA, penyepaduan ini membolehkan mereka memahami aliran pesakit dan memantau, mendidik dan memperibadikan layanan dengan lebih tangkas.

“Bekerjasama secara rapat dengan syarikat peneraju seperti Microsoft, PRA berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan model penjagaan baharu yang inovatif kepada pesakit seiring dengan keperluan mereka berubah-ubah, khususnya pada waktu krisis dan ketidakpastian,” kata Kent Thoelke, EVP dan Ketua Pegawai Saintifik di PRA Health Sciences. Dengan berbekalkan aplikasi Health Harmony PRA, pesakit boleh menjejak tanda, simptom dan mengurus sendiri penjagaan berkaitan COVID-19 yang berkaitan tetapi jika simptom menjadi buruk, pemantauan jauh dan bantuan yang diperoleh daripada pakar penjagaan kesihatan dapat membawa perubahan. PRA memberi pesakit kawalan yang lebih banyak dan akses kepada penjagaan kesihatan diperibadikan yang lebih baik, terus daripada peranti mereka sendiri dan mengikut jadual mereka sendiri.”

Pada bulan lepas, PRA telah melancarkan program dan aplikasi mudah alih Health Harmony, dengan penyepaduan perkhidmatan COVID-19 Healthcare Bot, kepada lebih daripada 7,000 pekerja di Amerika Syarikat. Sejak bulan Mac, ribuan pengguna dari seluruh dunia telah memuat turun aplikasi Health Harmony PRA dan menyertai Program Pemantauan COVID-19. Sebagai sebahagian daripada program, pengguna boleh menjejak simptom COVID-19 mereka sendiri dan mendidik diri mereka tentang penyakit itu. Program Pemantauan COVID-19 – tersedia secara komersial kepada majikan, pembayar, pembekal dan sistem kesihatan – menawarkan tiga tahap sokongan:
  • Program pendidikan, yang memberikan penjejakan tanda vital, teknik pencegahan dan sokongan kesihatan mental untuk mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom.
  • Program kuarantin, yang menyampaikan pandangan tentang perkara untuk diperhatikan, mengatasi perasaan takut dan pengasingan, dan berhubung dengan profesional penjagaan kesihatan yang telah terdedah kepada COVID-19.
  • Program pemantauan mendalam, yang menerangkan pengurusan simptom, pemantauan kerap oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dan penyelarasan penjagaan untuk mereka yang telah didiagnosis dengan COVID-19 dan mereka yang masih berada di rumah.
“Penjagaan kesihatan dan penyelidikan klinikal perlu mudah dicapai oleh semua orang dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik mereka,” kata Jean Gabarra, Pengurus Besar, AI Kesihatan di Microsoft. “Apabila teknologi seperti COVID-19 Healthcare Bot Microsoft dan antara muka mesra pengguna seperti aplikasi Health Harmony boleh digabungkan dengan wawasan dan kepakaran rakan kongsi kecerdasan penjagaan kesihatan global seperti PRA, kesihatan dan penjagaan pesakit akan menerima manfaat yang amat besar.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara PRA menyampaikan penyelesaian teknologi dan R&D kepada majikan, pembayar dan pembekal semasa COVID-19, sila lawati www.prahs.com/covid-19. Untuk maklumat lanjut tentang Program Pemantauan COVID-19 dan platform mudah alih Health Harmony, lawati https://www.careinnovations.com/.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Pengarah Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

No comments:

Post a Comment