Tuesday, June 9, 2020

KERJASAMA IKIM-UZBEKISTAN PERLUAS HUBUNGAN STRATEGIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.
 
Memorandum Persefahaman ini melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dari Malaysia dan Uzbekistan dalam beberapa aspek penting seperti pertukaran pakar akademik dan hasil penyelidikan, penganjuran bersama aktiviti ilmu seperti persidangan dan simposium, kerjasama projek penyelidikan dan penerbitan serta pertukaran hasil penerbitan.
 
Memorandum Persefahaman ini ditandatangani oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bagi pihak IKIM, sementara di pihak Uzbekistan, ia ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga institusi yang terlibat iaitu:
 
1. Mr. Shoazim Minovarov, Pengarah, Center of Islamic Civilization of Uzbekistan; 
2. Mr. Shovosil Ziyodov, Pengarah, Imam Bukhari International Scientific Research Center; dan
3. Mr. Bakhrom Mamadiev, Timbalan Rektor, International Cooperation of International Islamic Academy of Uzbekistan.
 
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara kedua-dua belah pihak yang diadakan secara atas talian ini turut disaksikan oleh Penasihat Presiden Uzbekistan H.E. Mr. Rustam Kasimov yang juga merupakan Rektor International Islamic Academy of Uzbekistan dan juga Duta Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov.
 
Turut hadir di pihak IKIM ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Prof. Azizan Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail dan Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, IKIM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran. 
 
Memorandum kerjasama yang meterai untuk tempoh selama lima tahun ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan khususnya antara Institiut Kefahaman Islam Malaysia dan tiga institusi Islam Uzbekistan yang terlibat. 
 
Unit Perhubungan Korporat
9 Jun 2020


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

No comments:

Post a Comment