Thursday, June 25, 2020

ADX LABS MENDERMAKAN $100,000 UNTUK MEMAJUKAN PENYELIDIKAN VAKSIN COVID-19

Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) mempercepat pembangunan calon vaksin untuk menentang COVID-19 dengan sokongan kewangan daripada syarikat berasaskan teknologi Minneapolis, ADX Labs, Inc.


MINNEAPOLIS, 25 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- ADX Labs, Inc. telah menderma $100,000 kepada Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) untuk mempercepat pembangunan vaksin COVID-19. Derma ini dibuat oleh cabang amal ADX Labs iaitu ADX Foundation.

CEPI, yang dinyatakan dalam jurnal Nature sebagai “inisiatif pembangunan vaksin terbesar setakat ini menentang virus berkemungkinan merupakan ancaman epidemik,” telah segera bertindak balas terhadap pandemik COVID-19. Sehingga hari ini, CEPI telah membiayai portfolio yang pelbagai bagi sembilan calon vaksin menentang COVID-19, dengan matlamat untuk membangunkan vaksin yang selamat, berkesan dan boleh dicapai secara global dalam jangka masa 12-18 bulan. Untuk meningkatkan peluang kejayaan mereka, baru-baru ini CEPI juga telah membuka peluang pembiayaan baharu yang memfokus kepada calon vaksin tambahan yang berpotensi untuk dibangunkan secara pantas dan dikeluarkan secara global mengikut skala.

Steven M. Renner, pengasas dan CEO ADX Labs serta pengerusi ADX Foundation berkata, “ADX komited untuk membuat perubahan di seluruh dunia melalui kuasa teknologi. Di CEPI, kami telah menemukan organisasi yang berkongsi matlamat sama yang dibina pada inovasi dan berdedikasi terhadap kesiapsiagaan. Panggilan Cadangan baharu CEPI untuk mempercepat calon vaksin menentang COVID-19 ialah inisiatif yang sangat berpotensi dan ADX Labs amat berbangga untuk membantu rakan kongsi pembangunan vaksin CEPI meningkatkan peluang kejayaan mereka.”

Dr. Richard Hatchett, CEO CEPI, berkata, “Kami amat berterima kasih di atas sumbangan ADX Labs untuk mempercepat kerja kami untuk membangunkan vaksin yang berkesan menentang COVID-19. Pandemik global ini menyebabkan banyak kehilangan nyawa, di samping mengganggu masyarakat dan menutup ekonomi. Pelaburan dalam vaksin dan inovasi saintifik yang lain kini adalah penting untuk memberi kita peluang terbaik untuk menamatkan pandemik ini. Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan ADX dalam gabungan ini.”

En. Renner menyimpulkan, “ADX Labs memiliki rekod prestasi terbukti bagi teknologi penyandaran yang meningkatkan kehidupan manusia di seluruh dunia. Sejak tahun 2013, ADX Foundation kami telah melabur untuk kanak-kanak dan komuniti serta keadilan sosial. Hari ini, menyokong CEPI dalam pencarian vaksin COVID-19 dan pengeluaran vaksin berkesan menurut skala ialah cara terbaik boleh kami bantu.”

Pertanyaan media: Simon Cousins, scousins@adxnet.com 

Perihal ADX Labs, Inc.

ADX Labs, Inc. (ADX) ialah syarikat teknologi yang memfokuskan untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan inovatif untuk individu, perniagaan yang berpangkalan di rumah dan pasaran perusahaan kecil hingga sederhana. ADX membiayai ADX Foundation secara bebas, sebuah organisasi kedermawanan bukan untung berdaftar yang telah melabur untuk kanak-kanak, komuniti dan keadilan sosial sejak 2013. Ketahui lebih lanjut di http://adxlabs.com 

Perihal Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI)

CEPI ialah perkongsian inovatif antara organisasi umum, persendirian, kedermawanan dengan awam untuk membangunkan vaksin bagi menghentikan epidemik pada masa hadapan. Sebelum COVID-19, penyakit keutamaan CEPI termasuk Ebola, Lassa, Sindrom Pernafasan Timur Tengah, Nipah, Demam Rift Valley, Chikungunya dan patogen yang tidak diketahui (Penyakit X). Ketahui lebih lanjut di http://cepi.net

Dua foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/dcf82aac-fa4a-442e-92ff-e146db9c720f/ms

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/caa9fa59-9c9e-4688-96d8-80fbab5cbc95/ms 


SUMBER : ADX Labs, Inc.

No comments:

Post a Comment