Tuesday, May 19, 2020

TA ASSOCIATES MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN STRATEGIK DALAM KUMPULAN HONAN INSURANCE

BOSTON & HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk membuat satu pelaburan pertumbuhan strategik dalam Kumpulan Honan Insurance (“Honan”), sebuah broker insurans komersial terkemuka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/52221427/en

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Honan, Damien Honan, Ketua Pegawai Eksekutif, Andrew Fluitsma, dan Ketua Pegawai Operasi, Laurence Basell, akan terus menerajui perniagaan itu dan menjadi pemegang saham bersama-sama dengan TA. Syarat-syarat kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Honan merancang, menetapkan harga dan merundingkan polisi insurans bagi pihak pelanggan korporat. Vertikal utama Syarikat itu adalah di dalam pasaran korporat, strata, hartanah dan faedah pekerja, terutamanya di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara. Honan mempunyai lebih daripada 200 orang pekerja di tujuh buah pejabat dan merupakan sebahagian daripada World Broker Network (“WBN”), sebuah rangkaian global bagi broker insurans dan penasihat risiko persendirian. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1964 dan beribu pejabat di Melbourne, Australia. Honan telah memperoleh pendapatan pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) iaitu kira-kira 17% sepanjang 19 tahun yang lalu.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan TA Associates sebagai sebuah pelabur di Honan,” kata Damien Honan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif bagi Kumpulan Honan Insurance. “Dalam memilih untuk bekerjasama dengan TA, pasukan Honan sangat tertarik dengan kehadiran firma itu di peringkat global, sejarahnya yang panjang di dalam melabur di dalam sektor pembrokeran insurans dan pengalaman dalam bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berkembang. Kami percaya bahawa TA akan menjadi sebuah rakan yang sangat bernilai ketika kami berusaha untuk terus mengembangkan Honan di pasaran domestik Australia dan di luar negara.”

“Dengan satu komitmen untuk memberikan cadangan yang disesuaikan dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi, Honan telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lampau,” kata Andrew Tay, seorang Naib Presiden Kanan di TA Associates. “Kami teruja kerana dapat melabur di Honan bersama-sama dengan sebuah pasukan pengurusan yang berbakat, dan kami berharap untuk terus membangun di atas rekod perkhidmatan pertumbuhan mereka.”

“Kami kagum dengan reputasi Honan yang mantap di dalam industri pembrokeran insurans komersial dan budaya korporat mereka yang bertenaga,” kata Edward Sippel, seorang Pengarah Urusan dan Ketua bersama untuk operasi Asia bagi TA Associates Asia Pacific Ltd. “Kami gembira dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan Honan ketika mereka memulakan fasa pertumbuhan Syarikat itu yang seterusnya.”

“Ini merupakan satu kejayaan penting bagi Honan ketika kami terus memberi tumpuan kepada menyediakan nasihat berkualiti paling tinggi kepada pangkalan pelanggan kami yang berdedikasi dan setia, terutama dalam persekitaran yang mencabar sekarang,” kata Andrew Fluitsma, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Honan Insurance. “Peluang untuk membawa sebuah pelabur global yang berorientasikan pertumbuhan jangka panjang dan disegani seperti TA, yang dijajarkan sepenuhnya dan menyokong model perniagaan kami, adalah sangat menarik. Kami yakin bahawa Honan akan mendapat manfaat daripada tatasusunan pelengkap bagi sumber dan kemahiran TA.”

Urus niaga itu dijangka diselesaikan pada separuh kedua 2020, sementara menunggu kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan.

Maklumat mengenai Kumpulan Honan Insurance

Ditubuhkan pada tahun 1964, Honan menyediakan pelbagai penyelesaian insurans, risiko dan kewangan komersial kepada perniagaan merentasi pelbagai industri, termasuk institusi kewangan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan profesional, teknologi, bioteknologi & sains hayat, logistik, pembinaan, makanan & minuman, dan perlombongan & tenaga. Sejak penubuhannya, Honan telah berkembang dari seluruh Australia ke New Zealand, Singapura dan Malaysia. Honan secara eksklusif mewakili Australia, New Zealand dan Singapura di dalam WBN. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://honan.com.au/.

Maklumat mengenai TA Associates

TA Associates adalah sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka. Dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang disasarkan di dalam lima industri – teknologi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, pengguna dan perkhidmatan perniagaan – TA melabur di dalam syarikat-syarikat yang berkembang dan menguntungkan dengan peluang untuk pertumbuhan yang mapan, dan telah melabur di lebih daripada 500 syarikat di seluruh dunia. Melabur sama ada sebagai pelabur majoriti atau minoriti, TA menggunakan satu pendekatan jangka panjang, dengan memaksimumkan sumber strategik mereka untuk membantu pasukan-pasukan pengurusan membina nilai yang berpanjangan di dalam syarikat-syarikat pertumbuhan berkualiti tinggi. TA telah mengumpulkan $33.5 bilion di dalam modal sejak penubuhannya pada tahun 1968 dan komited kepada pelaburan baharu pada kadar lebih dari $2 bilion setahun. Lebih daripada 85 profesional pelaburan firma itu berpusat di Boston, Menlo Park, London, Mumbai dan Hong Kong. Maklumat lanjut mengenai TA Associates boleh diperolehi di www.ta.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13415

No comments:

Post a Comment