Monday, May 11, 2020

Siri Asal Amazon Regular Heroes Akan Mengadakan Tayangan Perdana Pada 8 Mei Yang Memaparkan Cerita-cerita Berani Daripada Barisan Hadapan Dalam Menghadapi COVID-19

CULVER CITY, Calif., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Regular Heroes adalah sebuah dokumentari bersiri yang mengandungi lapan episod yang menyoroti sumbangan dan pengorbanan peribadi oleh segelintir individu yang paling bermurah hati pada hari ini yang membuat sumbangan yang lebih besar daripada yang dijangka untuk menyokong komuniti mereka semasa krisis COVID-19. Siri itu mengadakan tayangan perdana di Amazon Prime Video di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia pada Jumaat, 8 Mei. Selain menyoroti usaha wira-wira yang tidak mengenal penat itu dan memperincikan usaha mereka di bandar raya-bandar raya termasuk New York City, Los Angeles, New Orleans, Chicago, dan Seattle antara lain, siri itu akan menawarkan sokongan dan bantuan dengan sumbangan barangan, perkhidmatan dan lebih banyak lagi agar mereka dapat terus membalas kebaikan itu dan membantu komuniti mereka. Episod-episod baharu bagi Regular Heroes akan tersedia pada setiap Jumaat. Siri itu akan mengadakan tayangan perdana di wilayah Amazon Prime Video yang lain pada 12 Mei, 2020.

Dalam episod perdana Regular Heroes, anak kelahiran New York dan penyanyi yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak 15 kali, penerbit dan pengarang Alicia Keys akan membantu memberi penerangan mengenai Trevor Henry, Burnell Cotlon dan Athena Hayley ketika mereka masing-masing membuat pengorbanan peribadi untuk keluarga dan komuniti mereka. Selain itu, lagu baru Keys yang menyentuh perasaan, “Good Job,” akan dipaparkan dalam siri itu. Episod seterusnya dengan bakat dan wira tambahan akan diumumkan pada kemudian hari.

“Rancangan ini sungguh Mengagumkan!!! Begitu suci dan tulen! Saya gembira untuk mengetahui bahawa siri ini akan bukan sahaja memberi sokongan tetapi juga meletakkan wajah kepada mereka yang luar biasa seperti Trevor, Burnell dan Hayley. Mereka adalah golongan yang akan kita berikan tepukan pada setiap malam pada pukul 7 malam di New York. Mereka adalah Wira. Dan saya sangat berbesar hati untuk meraikan mereka!!” kata Keys.

“Kami sangat berbangga untuk meraikan mereka yang telah melakukan begitu banyak usaha untuk mengubah kehidupan orang ramai di dalam komuniti mereka. Rancangan ini diilhamkan oleh individu-individu yang telah memberikan begitu banyak kepada orang lain pada setiap hari pada sepanjang tahun tetapi lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini. Mereka adalah suri teladan yang sebenar dan kami tidak sabar untuk berkongsi cerita mereka dengan pelanggan Prime Video di mana sahaja,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.

Episod Satu (8 Mei, 2020): “Wira Jenis Baharu” dengan penampilan khas oleh Alicia Keys. Menampilkan:

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13384

No comments:

Post a Comment