Friday, May 8, 2020

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN PERTAMA 2020

WESTCHESTER, Ill., 8 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global dalam pembekalan penyelesaian bahan kepada pelbagai industri, hari ini melaporkan hasil bagi suku tahun pertama 2020. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Pada waktu yang mencabar ini, operasi Ingredion dianggap ‘penting’ untuk mengekalkan bekalan makanan di negara yang kami jalankan beroperasi,” kata Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Saya amat berbangga dengan pekerja barisan hadapan kami kerana komitmen mereka dalam memastikan kami terus menyampaikan bahan dan penyelesaian yang berkualiti kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja global kami atas tenaga dan dedikasi hebat yang telah mereka tunjukkan sejak bermulanya krisis ini. Dalam minggu dan bulan yang akan datang, kami akan terus menumpukan perhatian dalam memastikan pekerja kami selamat, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan komuniti di tempat kami beroperasi dan mengekalkan kesinambungan perniagaan.”

*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, dan kadar cukai pendapatan efektif dilaraskan ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.

“Kami berasa sukacita dengan hasil operasi dan kewangan untuk suku pertama. Semasa gangguan makroekonomi ini, kami mengalami permintaan kukuh untuk produk kami dan terus meningkatkan portfolio pengkhususan kami. Kami telah memperkemas organisasi dengan lebih lanjut untuk memaksimumkan kecekapan operasi sebagai sebahagian daripada program penjimatan Cost Smart kami, yang sejajar untuk mencapai sasaran penjimatan tahun 2020 kami. Berikutan penutupan suku ini, kami telah memajukan Driving Growth Roadmap, mengumumkan pemerolehan PureCircle yang belum selesai, peneraju global dalam bidang pemanis stevia semula jadi berkeamatan tinggi yang mengembangkan keupayaan kami dalam pengurangan gula,” sambung Zallie.

“Pada suku tahun kedua, kami menjangkakan permintaan yang tinggi untuk bahan yang terdapat dalam produk makanan tradisional dibungkus terutamanya yang dijual secara runcit. Namun, pandemik ini telah menjejaskan trafik perkhidmatan makanan secara ketara dan kami menjangkakan volum berkurangan bagi bahan yang diformulasikan dalam hidangan perkhidmatan makanan dan minuman yang dimakan di luar rumah,” kata Zallie.

“Walaupun kami menghadapi faktor tidak diketahui yang belum pernah dialami sebelum ini, saya yakin dengan ketangkasan pasukan kami untuk menghadapi cabaran unik yang mendatang dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk memastikan kedudukan perniagaan kami untuk pertumbuhan jangka panjang dan penghasilan nilai untuk semua pemegang saham,” rumus Zallie.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13382

No comments:

Post a Comment