Saturday, May 23, 2020

HDC SANTUNI MAAHAD TAHFIZ, RUMAH AMAL DALAM SEMANGAT UKHWAH RAMADAN

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Encik Hairol Ariffein Sahari, Presiden Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, YBhg Dato' Hjh Faridah Hj Omar Shah Bersama sebahagian penghuni Rahoma Darul Fakit dan Pengurusan HDC di Majlis serahan sumbangan CSR Ramadhan HDC.
PETALING JAYA, Selangor, 19 Mei (Bernama) -- Halal  Development Corporation (HDC) hari ini menghulurkan sumbangan  kepada dua (2) organisasi iaitu Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah. Dianggarkan seramai 80 anak-anak yatim dan pelajar Tahfiz menerima sumbangan sempena Ramadhan tahun ini.
 
Majlis serahan bantuan CSR Ramadhan berjumlah keseluruhan RM30,000.00. disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari diiringi oleh pegurusan kanan HDC. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Hjh. Faridah Hj. Omar Shah, manakala Encik Zaaba Zainal Abidin merangkap Pengetua Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah telah mewakili sekolah tersebut. 
 
“Saya mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan ini untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Maahad Tahfiz Al-Falayyah. Program amal Ramadhan ini diadakan setiap tahun dan tahun ini ianya sejajar dengan konsep Pengurusan Polariti Golongan B40 di bawah Dasar Kemakmuran Bersama 2030, di mana setiap golongan tidak diketepikan di dalam pengagihan ekonomi yang adil,” kata Hairol.
 
Terdapat peluang yang amat besar dalam industri halal global dengan peluang pasaran dunia bernilai AS$3 trilion. Oleh itu saya menyeru agar anak-anak  muda didedahkan dengan kesedaran industri halal sejak awal lagi. Sehubungan dengan itu, selain dari sumbangan wang ringgit, HDC turut akan menganjurkan program Cilik Halal kepada pelajar-pelajar tersebut. Program pembangunan bakat halal ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada mereka mengenai peluang pekerjaan  di dalam industri yang  dapat menjana ekonomi rakyat” ujar Hairol  lagi.
 
MENGENAI HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)

Halal Development Corporation adalah peneraju utama kepada pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif bagi meletakkan Malaysia ke arah negara yang paling berdaya saing menerajui industri halal global.

Ditubuhkan pada 18 September 2006 dan dikenali dengan singkatan HDC, ia  merupakan penyelaras utama bagi menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Agensi pembangunan industri halal yang pertama disokong kerajaan di dunia, HDC berada di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Dalam usahanya memperkukuhkan pembinaan ekosistem Halal Malaysia untuk memajukan pemain industrinya, HDC telah merubah Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia melalui penciptaan peluang, pelaburan, perdagangan, pekerjaan, perkongsian maklumat dan pemindahan teknologi dalam ekosistem halal.HDC sebagai tulang belakang kepada pelbagai aspek perkembangan dalam pasaran halal, Malaysia kini memiliki ekosistem halal yang pelbagai dan kompetitif yang menghubungkan Kerajaan, pemain industri dan para pengguna. Sila layari www.hdcglobal.com untuk maklumat lanjut.

SIARAN AKHBAR disediakan dan dikeluarkan oleh Halal Development Corporation (HDC).


SUMBER : Halal Development Corporation (HDC)

No comments:

Post a Comment