Friday, March 1, 2019

SYNERGY STRATEGIC SOLUTIONS MEMENANGI ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI UNTUK ROBOTIK - PERKHIDMATAN KEWANGAN

Rangka Kerja Pemecut Automasi ASTRA membolehkan syarikat insurans di Asia memanfaatkan automasi untuk meningkatkan kecekapan operasi

HONG KONG, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SYNERGY Strategic Solutions Limited, sebuah syarikat perunding pengurusan global dengan tumpuan utama dalam industri Insurans, memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi untuk Robotik - Perkhidmatan Kewangan.

Penyelesaian yang memenangi anugerah, ASTRA, adalah satu model transformasi proses yang terdiri daripada rangka kerja usaha wajar dan percepatan automasi. ASTRA telah berjaya digunakan untuk mengautomasikan pelbagai proses dalam syarikat insurans di seluruh Asia. ASTRA membolehkan penanggung insurans dalam mencapai kadar kecekapan sebanyak 70% dalam pemprosesan lurus dan dalam mengurangkan kesilapan dengan memudahkan transaksi elektronik. Ini diterjemahkan ke dalam penjimatan kos bagi Penanggung Insurans.

Dirangka oleh Hong Kong Business, Anugerah Kecemerlangan Teknologi (TEA) memberi penghormatan kepada perusahaan yang telah menggunakan teknologi dengan cara kreatif ke arah peningkatan proses, produk, dan perkhidmatan.

Rangka kerja ASTRA SYNERGY membolehkan syarikat-syarikat Insurans meningkatkan kecekapan keseluruhan dan berjaya digunakan oleh pelbagai pelanggan di Hong Kong, India, Jepun dan Indonesia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11911

No comments:

Post a Comment