Thursday, March 7, 2019

MARY KAY MENAJA DAN MEMPERKENALKAN PENYELIDIKAN BERINOVATIF DI SIMPOSIUM PENJAGAAN KULIT SAINTIFIK

Mary Kay, sebuah pemimpin dunia di dalam sains kecantikan, membentangkan penemuan pada Simposium Persatuan Warna Kulit dan Mesyuarat Tahunan Akademi Dermatologi Amerika

DALLAS, 5 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global dan peneraju di dalam inovasi penjagaan kulit, meneruskan sokongan mereka yang berterusan bagi komuniti kecantikan dan saintifik dengan menaja Simposium Persatuan Warna Kulit baru-baru ini. Mary Kay seterusnya mempamerkan komitmen mereka selama beberapa dekad untuk menjalankan penyelidikan penjagaan kulit yang serba canggih dengan membentangkan penemuan baharu mengenai hiperpigmentasi dan eritema muka.

Pada Simposium Persatuan Warna Kulit itu, Dr. ShonĂ¡ Burkes-Henderson, Saintis Utama Bersekutu, Penyelidikan Klinikal, mendedahkan penyelidikan baharu mengenai ekstrak kacang Boston dan keupayaannya untuk mengawal melanogenesis, yang membawa kepada satu pembaikan di dalam ton kulit dan hiperpigmentasi muka yang tidak seimbang. Melalui kajian klinikal ini, Mary Kay mendapati bahawa penggunaan topikal bagi pelembap yang mengandungi ekstrak kacang Boston dengan ketara memperbaiki ton kulit yang tidak seimbang dan pigmentasi yang bertompok-tompok sepanjang 12 minggu, dan oleh itu boleh digunakan sebagai satu rawatan semula jadi untuk membantu ton kulit yang tidak seimbang.

Dr. Burkes-Henderson juga menyampaikan satu pendekatan baharu untuk membantu memperbaiki eritema muka, atau kemerahan, pada Mesyuarat Tahunan Akademi Dermatologi Amerika. Empat ekstrak botani telah dikenalpasti untuk mengurangkan pengeluaran protein dan enzim prokeradangan pada kulit dan formulasi kosmetik yang mengandungi ekstrak ini telah ditunjukkan untuk dengan berkesan mengurangkan eritema muka selepas empat minggu.

Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay meneruskan untuk berkongsi penemuan terbaharu yang berkaitan dengan rawatan ton kulit yang tidak seimbang dan eritema muka kepada komuniti saintifik pada umumnya. Pasukan itu berdedikasi untuk menjalankan penyelidikan dan membangunkan penyelesaian yang berinovatif bagi menangani isu-isu kulit biasa yang memberi kesan kepada wanita dan menghalang keyakinan diri mereka.

Pasukan saintis Mary Kay juga berdedikasi untuk menemui trend dan teknologi yang membolehkan syarikat itu untuk mencipta produk yang sangat menarik yang menyampaikan faedah kecantikan yang berinovatif kepada pengguna. Diketuai oleh Dr. Lucy Gildea, pasukan Penyelidikan & Pembangunan itu termasuk ahli saintis terkenal dari seluruh pelusuk dunia, memiliki ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain merentasi pelbagai disiplin: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi.

“Kami tahu bahawa kami mempunyai teknologi yang hebat di dalam produk kami, kerana kami secara konsisten menjalankan ujian klinikal untuk mengesahkan bahawa produk kami memberikan manfaat yang bermakna kepada pengguna,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay. “Bagaimanapun, komitmen kami terhadap sains penjagaan kulit bukan sekadar untuk membuat produk Mary Kay yang baharu. Penglibatan kami dan kehadiran di acara-acara seperti Simposium Persatuan Warna Kulit membolehkan kami untuk bertukar-tukar idea yang berinovatif dan penemuan dengan rakan-rakan kami dan terus menyokong perkembangan di dalam kesihatan kulit.”

Simposium Persatuan Warna Kulit dan Mesyuarat Tahunan Akademi Dermatologi Amerika adalah acara terbaharu di dalam satu siri pembentangan oleh Mary Kay dengan komuniti saintifik dan akademik yang mengukuhkan komitmen berpanjangan jenama itu kepada memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Setiap tahun, Mary Kay menjalankan ratusan ribu ujian saintifik mengenai produk dan ramuan untuk memastikan standard keselamatan, kualiti dan prestasi yang paling tinggi. Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan pembukaan kemudahan pembuatan dan R&D yang serba canggih yang bernilai lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

Maklumat mengenai Mary Kay

Di Mary Kay, kejayaan terletak pada dedikasi kami terhadap produk-produk yang sangat menarik, satu peluang yang memberi ganjaran dan impak masyarakat yang positif. Selama 55 tahun, Mary Kay telah memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai matlamat keusahawanan mereka di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat bernilai berbilion dolar, kami menawarkan penjagaan kulit termaju yang terkini, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berani. Ketahui lebih banyak sebab untuk mencintai Mary Kay di marykay.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11926

No comments:

Post a Comment