Wednesday, March 27, 2019

NEXOPTIC MELANTIK RICH GERUSON, MANTAN CEO LEXMARK, KE LEMBAGA PENGARAH

VANCOUVER, British Columbia, 25 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NexOptic Technology Corp. ("NexOptic" atau "Company") (TSX VENTURE: NXO) (OTCQX: NXOPF) (FRANKFURT: E3O1) teruja untuk mengumumkan bahawa Richard J. (Rich) Geruson telah menyertai Lembaga Pengarahnya, berkuatkuasa secara serta-merta.

Pengalaman En. Geruson merentasi jawatan CEO di Lexmark International, Phoenix Technologies dan VoiceSignal Technologies, serta jawatan Timbalan Presiden Kanan dan eksekutif di Nokia, IBM, Toshiba dan McKinsey & Co.

Sebagai CEO Lexmark International, syarikat teknologi dan penyelesaian pengimejan bernilai berbilang bilion dolar dengan 10,000 pekerja, beliau meningkatkan penjualan pencetak lebih cepat berbanding bila-bila dalam masa 10 tahun sebelumnya dan dalam masa yang sama melaksanakan proses kejuruteraan semula yang ekstensif, menukarkan perniagaan daripada EBITDA negatif dan hutang yang tinggi kepada EBITDA positif yang berbilang ratusan juta dolar dan profil hutang sihat. Semasa menjadi CEO di Phoenix Technologies, beliau secara konsisten memperoleh keuntungan yang tinggi dari tahun ke tahun selama enam tahun berturut-turut dalam perniagaan syarikat, iaitu perisian tegar dan perisian untuk PC, tablet dan peranti internet benda (IoT) terbenam. Sebagai CEO di VoiceSignal Technologies, beliau mempelopori perisian pengecaman suara untuk telefon mudah alih, meningkatkan nilai pemegang saham lebih daripada 10 kali ganda dan memuncakkan jualan syarikat 12 kali ganda hasilnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11987

No comments:

Post a Comment