Friday, March 8, 2019

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN BI NORWEGIAN BUSINESS SCHOOL MENJADI AHLI GMAC

Sekolah Perniagaan Terbesar Norway Meluaskan Jejak GMAC dalam Ruang Sarjana

RESTON, Va., 5 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 The Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan global peneraju sekolah perniagaan, mengumumkan pada hari ini bahawa BI Norwegian Business School telah menjadi ahli terbaru persatuan itu.  Sekolah perniagaan terbesar Norway itu meningkatkan jumlah keahlian GMAC menjadi 226.

Sekolah perniagaan terpilih dijemput untuk memohon keahlian GMAC menerusi Lembaga Pengarahnya. Setiap sekolah melalui proses permohonan komprehensif yang berfokus terhadap komitmen berterusan demi menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang diperlukan untuk sekolah dan pelajar berbakat menemui dan menilai satu sama lain.

“Kami menghargai nilai kepelbagaian dalam keahlian kami sama seperti kepelbagaian dalam bilik darjah,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “BI Norwegian Business School ialah sekolah pertama kami dari Norway dan merupakan sekolah perniagaan kedua terbesar di Eropah.  Kami mengalu-alukan perspektif mereka yang kukuh dalam ruang Sarjana dan bersedia menerima pemahaman yang akan mereka bawa dalam usaha kami untuk memastikan tiada bakat yang dilupakan.”

BI Norwegian Business School 
BI Norwegian Business School ialah satu-satunya Sekolah Norway yang mempunyai tiga pengiktirafan. Ia juga merupakan ahli pengasas Teknik Kuantitatif untuk Rangkaian Sarjana Ekonomi dan Pengurusan (QTEM), yang menyatukan sekolah, rakan kerjasama korporat antarabangsa dan pelajar siswazah yang semakin meningkat dari seluruh dunia. Penerimaan BI Norwegian Business School dalam keahlian GMAC meluaskan jejaknya dalam ruang Sarjana dan juga kepelbagaian ahli kami.

Keahlian GMAC
Untuk dipertimbangkan keahlian dalam GMAC, pihak sekolah perlu melengkapkan proses permohonan dan mesti memenuhi kriteria berikut: mengekalkan proses pengambilan selektif; menawarkan program sarjana dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara; dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan ujian GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses pengambilan dan pendaftaran mereka. Mereka juga perlu menyertai tadbir urus GMAC, termasuk mengundi dalam pemilihan Lembaga dan hal ehwal lain yang mungkin diajukan ke Persatuan.

Perihal GMAC
The Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan. 

No comments:

Post a Comment