Friday, March 15, 2019

MARY KAY MENDEDAHKAN PENYELIDIKAN TERKINI PADA KONGRES DERMATOLOGI DUNIA KE-20

Syarikat Kosmetik Global akan Menyertai Pakar-pakar Penjagaan Kulit Terkemuka Dunia pada Acara Singapura

DALLAS, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah daripada inovator penjagaan kulit terkemuka dunia di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada penyelidikan sains kulit sebagai sebuah penaja bagi Kongres Dermatologi Dunia ke-20. Acara itu, yang diadakan pada 13-14 Mac di Singapura, menyatukan penyelidik, ahli akademik dan saintis dari komuniti dermatologi di seluruh dunia untuk bertukar maklumat tentang kemajuan teknologi dan pencapaian saintifik baharu.

Tema bagi Dermatologi Dunia 2019 itu adalah “Menjelajahi Pendekatan Baharu di dalam Dermatologi.” Dengan merapatkan jurang di antara pakar-pakar dari seluruh pelusuk dunia, acara itu menyediakan analisis mutakhir, penjelajahan dan rawatan bagi keadaan yang dikenal pasti dengan kulit, rambut dan kuku. Persidangan itu memberi tumpuan kepada kesihatan kulit, penyakit kulit, manifestasi alahan, dermatologi klinikal dan dermatologi kosmetik.

David Gan, Saintis Kanan Utama di Mary Kay Inc., akan membentangkan beberapa pandangan baharu di dalam menilai dan memahami kemerahan muka. Berdasarkan kepada usaha ini, para saintis Mary Kay telah mengenal pasti ekstrak botani yang dapat mengurangkan pengeluaran protein dan enzim proinflamatori pada kulit dan menghasilkan satu formulasi kosmetik yang mengandungi ekstrak ini untuk menangani masalah kemerahan muka secara berkesan. Selepas empat minggu penggunaannya, formula kosmetik itu telah mengurangkan kemerahan muka secara keseluruhan dan suhu kulit pada subjek yang mengalami kerengsaan kulit yang berterusan.

“Sebagai seorang ahli biologi kulit, saya amat berbesar hati untuk berkongsi penyelidikan kulit Mary Kay yang berinovatif ini yang berkaitan dengan kemerahan muka dengan komuniti saintifik yang lebih luas,” kata Gan. ”Di Mary Kay, tidak ada yang lebih bermanfaat daripada menangani isu-isu kulit yang memberi impak kepada wanita dan mencipta produk yang berinovatif yang memberikan manfaat pada kulit yang dicari oleh pengguna. Hasil penyelidikan yang berterusan ini akan membantu kami membuat produk-produk Mary Kay® lebih baik kerana kami mempertimbangkan kebimbangan dan pengalaman pengguna kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11946

No comments:

Post a Comment