Wednesday, June 27, 2018

Pekerja yakin teknologi tingkat persekitaran tempat kerja -- kajian

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pekerja Singapura melihat Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet untuk Segala-galanya (IoT) berpotensi besar untuk memperbaiki persekitaran kerja dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut kajian Unisys Corporation.

Ketua Amalan Perunding, Unisys Asia Pasifik Leon Sayers berkata AI memberi manfaat kepada sektor-sektor dengan protokol keputusan yang jelas seperti penilaian permohonan kad kredit manakala industri yang bergantung kepada pekerja dapat memantau situasi di lapangan, seperti pekerja sosial atau polis, akan mendapat manfaat daripada loT.

"Pekerja tidak perlu takut kepada teknologi baru muncul yang hebat ini memandangkan organisasi-organisasi yang memodenkan teknologi dan proses perniagaan mereka dengan cara yang betul akan berada pada kedudukan yang terbaik untuk menerajui.

Inovasi teknologi akan meningkatkan tempat kerja, dengan manusia dan mesin bekerja bersama untuk meningkatkan produktiviti," kata Sayers dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan Unisys Australia,:Pembahagian Tempat Kerja Digital Baharu: Mengapa sebuah Tempat Kerja yang Dibolehkan oleh Teknologi adalah Kritikal kepada Kejayaan Perniagaan' telah meninjau pendapat 1,003 orang dewasa di Singapura yang meneliti kesan manusia terhadap trend tempat kerja digital baharu.

Penyelidikan itu menekankan bagaimana tempat kerja digital merangkumi suatu ekosistem manusia, budaya, teknologi dan proses yang luas.

Bagi mencapai transformasi digital yang berjaya, katanya, majikan harus mengambil satu pendekatan yang holistik untuk perubahan organisasi.

Kajian itu juga mendapati hubung kait antara teknologi, produktiviti dan keuntungan walaupun banyak pemimpin perniagaan tahu bahawa pekerja yang tidak berpuas hati membebankan mereka dari segi kewangan, ramai yang akan terkejut melihat betapa tinggi sebenarnya kos itu.

"Kos untuk tidak melibatkan pekerja di tempat kerja mempunyai kesan yang nyata. Produktiviti peribadi adalah satu motivasi utama yang tidak hanya memberi kesan kepada keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas mereka dengan cekap, tetapi juga bagaimana penglibatan dan komitmen mereka kepada majikan mereka," kata Sayers.

Majikan harus merancang dan melaksanakan tempat kerja digital yang berkesan untuk memastikan pekerja mempunyai teknologi yang tepat untuk melakukan pekerjaan mereka dan selesa menggunakannya, katanya.

Ini kerana 40 peratus mengatakan teknologi yang mereka gunakan di tempat kerja membuat mereka berasa kecewa dengan majikan mereka dan 16 peratus mengatakan bahawa ia membuat mereka mahu bekerja di tempat lain.

Unisys adalah syarikat teknologi makluma t bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di dunia.Maklumat lanjut boleh didapati di www.unisys.com.sg

No comments:

Post a Comment