Monday, June 11, 2018

Google Play Store kini terima bayaran melalui Paysafecard

KUALA LUMPUR, 8 Jun ( Bernama) -- Perniagaan prabayar Paysafe atau Paysafecard kini diterima sebagai antara kaedah pembayaran di Google Play Store, membuka pintu kepada era digital untuk jutaan pelanggan.

Paysafecard adalah platform yang disediakan Paysafe Group iaitu pembekal perkhidmatan pembayaran terkemuka di dunia.

Sebagai app store bagi peranti Android yang diperakui, Google Play Store menawarkan pelanggan tanpa kad kredit atau perkhidmatan perbankan digital atau yang tidak mahu memasukkan data kewangan mereka dalam talian atas sebab keselamatan, membayar secara dalam talian menggunakan Paysafecard.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Paysafecard membolehkan pengguna yang memilih atau perlu menggunakan wang tunai untuk membayar secara dalam talian dengan mudah dan selamat menggunakan PIN 16 digit bagi menyelesaikan transaksi pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Paysafecard, Udo Muller berkata: "Risiko penipuan dan perkongsian data peribadi dalam talian masih membimbangkan ramai pengguna.

"Inilah sebabnya mengapa perlu memilih Paysafecard sebagai kaedah untuk membayar di Google Play Store. Kini adalah masa yang tepat untuk membolehkan pengguna dan kedua-dua syarikat mendapat manfaat. "

Paysafecard kini boleh didapati di 46 negara dan terdapat lebih 600,000 cawangan jualan di seluruh dunia.

Maklumat lanjut, layari https://www.paysafecard.com/en-gb/.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment