Wednesday, June 6, 2018

PAYSAFE MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN IPAYMENT

Paysafe menjadi pemproses pembayaran bukan bank lima teratas di A.S.


HOUSTON, 6 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Paysafe Group, penyedia pembayaran global terkemuka mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melengkapkan pemerolehan iPayment Holdings, Inc. (iPayment) yang ditandatangani pada 12 April 2018. 

iPayment, penyedia pembayaran dan penyelesaian pemprosesan untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana yang bertapak di A.S. telah menjana jumlah pemprosesan lebih daripada $25 bilion pada tahun 2017 daripada lebih 137,000 pelanggan saudagar di seluruh negara.  Dengan pemerolehan MCPS oleh Paysafe tahun lepas, pemerolehan itu menjadikan Paysafe sebagai pemproses pembayaran bukan bank 5 teratas di A.S.

Proses penggabungan iPayment dengan organisasi pemproses pembayaran Amerika Utara, Paysafe akan bermula.  Todd Linden, CEO Paysafe di Amerika Utara akan menjalankan peluasan organisasi itu manakala O.B. Rawls IV, bekas CEO iPayment dan CFO iPayment, Robert Purcell telah menerima kepimpinan baharu dalam Paysafe. 

CEO Paysafe Group, Joel Leonoff, teruja dengan suite produk yang mampu diberikan Paysafe mengikut skala ke pasaran dan tiada tandingannya. Pemerolehan itu juga membolehkan Paysafe dan iPayment menjual silang lebih banyak produk seperti penyelesaian POS, dompet digital, penyelesaian pasca dan prabayar kepada pelanggan yang lebih banyak. 

Komen Joel Leonoff: “Pemerolehan strategik ini merupakan kejayaan bagi Paysafe dalam pelbagai caraPertama, ia selari dengan strategi kami untuk menjadi kukuh dan meningkatkan keterlihatan kami dalam sektor SMB yang pesat membangun dalam pasaran AS yang luas. Kedua, ia membolehkan kami menjual silang lebih banyak produk pembayaran terkemuka kepada pelanggan yang lebih banyak. Ketiga, penambahan O. B. dan Robert ke dalam pasukan menguatkan lagi kepimpinan kami; mereka berdua mempunyai reputasi tinggi dengan kepintaran perniagaan dan fokus terhadap pelanggan yang kami mahukan di Paysafe.”

Perihal Paysafe

Paysafe ialah peneraju penyedia global penyelesaian pembayaran hujung ke hujung. Matlamat utamanya ialah untuk membolehkan perniagaan dan pengguna untuk berhubung dan berurusan dengan lancar melalui keupayaan memimpin industri dalam pembayaran, dompet digital dan penyelesaian tunai dalam talian. Disediakan melalui platform bersepadu, penyelesaian Paysafe disasarkan ke arah transaksi berdasarkan mudah alih, analitik masa nyata dan penumpuan antara pembayaran secara fizikal dan dalam talian. Dengan lebih 20 tahun pengalaman pembayaran dalam talian, gabungan volum transaksi US $56 bilion pada 2017 dan lebih 2,600 pekerja di 12 lokasi global. Paysafe menghubungkan perniagaan dan pengguna merentasi 200 jenis pembayaran di lebih daripada 40 mata wang di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.paysafe.com.

Perihal iPayment

iPayment ialah penyedia penyelesaian pemproses pembayaran yang dipercayai di A.S. Dengan lebih 20 tahun pengalaman dan lebih daripada 137,000 pelanggan SMB, syarikat ini diiktiraf kerana pengalaman pembayarannya yang mendalam, tawaran produk yang banyak dan, serta komitmennya terhadap ketelusan dan sokongan SMB. Daripada inovasi produk baharu hingga kepuasan khidmat pelanggan, iPayment ialah organisasi yang berfokus terhadap mendayakan perniagaan kecil serta memberikan khidmat dan penyelesaian relevan dan berkesan yang membantu rakan kongsi dan pelanggan SMB mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut tentatng iPayment, sila lawati http://www.ipaymentinc.com.

iPayment ialah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Paysafe Group.

SUMBER : Paysafe Group

No comments:

Post a Comment