Tuesday, June 12, 2018

NEURALSTEM DIANUGERAHKAN KONTRAK SBIR FASA I UNTUK MEMBANTU KAJIAN TERAPI SEL STEM UNTUK KECEDERAAN TRAUMA OTAK PARAH

GERMANTOWN, Md., 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf hari ini mengumumkan pemerolehan kontrak Kajian Inovasi Perniagaan Kecil (SBIR) Fasa I daripada Jabatan Pertahanan (DoD). Anugerah sebanyak $150,000 itu akan menampung usaha berterusan syarikat tersebut untuk membangunkan keluaran sel stem saraf manusia NSI-566 sebagai calon terapi untuk merawat Kecederaan Trauma Otak (TBI) parah.

Dianggarkan kira-kira 3-5 juta orang di Amerika Syarikat kehilangan upaya disebabkan oleh TBI, dengan terapi rehabilitasi kini menjadi kaedah rawatan utama. Kajian yang disokong oleh kontrak SBIR tersebut akan melancarkan kerjasama berterusan Neuralstem dengan kumpulan kajian Dr. Ross Bullock, MD, Ph.D., Profesor Jabatan Pembedahan Neurologi dan Pengarah Neurotrauma Klinikal di Miami Project to Cure Paralysis. Kajian ini bertujuan untuk diakhiri dengan pengisian permohonan IND untuk menjalankan ujian klinikal dalam TBI.

“Kami sangat gembira dan berterima kasih kerana DoD telah memilih untuk membiayai projek ini,” kata Rich Daly, Presiden dan CEO Neuralstem. “TBI parah sangat kurang mendapat perhatian perubatan. Kami teruja untuk meneruskan ujian praklinikal demi membuktikan potensi terapi sel stem saraf untuk rawatan ini.”

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
  • NSI-189 adalah molekul kecil dengan aktiviti prokognitif yang sedang berada dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, neuropati diabetes, serta strok.
  • NSI-566 adalah terapi sel stem yang sedang berada dalam ujian klinikal untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI). NSI-566 telah didapati memberikan peningkatan neurologi dalam pemindahan ke pesakit dengan kecederaan saraf tunjang (Pautan) dan memberikan manfaat fungsi dalam pemindahan ke pesakit ALS (Pautan).
Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Berpandangan Ke Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Perhubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

SUMBER: Neuralstem, Inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment