Thursday, June 28, 2018

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MEMANFAATKAN TEKNOLOGI DATA FUSIONEX

Menentukan permintaan dengan menganalisis data pelanggan dan pasaran
 

SINGAPURA, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), dan Pembelajaran Mendalam telah melancarkan satu penyelesaian analisis data untuk sebuah institusi pengajian tinggi yang bereputasi tinggi di Asia bagi meningkatkan kecerdasan pasaran mereka dengan menentukan permintaan pasaran secara tepat.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180627005468/en/
 
Sebuah institusi pengajian tinggi yang telah mendidik pelajar selama lebih 30 tahun, pelanggan itu pada masa ini mempunyai pendaftaran pelajar melebihi 11,000 orang dan menawarkan kursus-kursus di dalam jurusan Perakaunan, Komunikasi, Sains Komputer, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ekonomi, Kejuruteraan, Hospitaliti dan Pelancongan, Undang-undang , dan Psikologi.
 
Penyelesaian pengurusan data itu melibatkan merakam maklumat daripada interaksi dalam talian di portal web pelanggan dan domain lain bagi tujuan menganalisis untuk mentafsirkan secara tepat minat pelajar, kaitan hubungan kursus, kemungkinan halangan terhadap pendaftaran, dan akumen lain.
 
Fusionex merombak semula portal web pelanggan, mengubahnya untuk menjadi sebuah platform pengumpulan data pintar yang mampu menjejak data pengguna. Secara khusus portal web itu dapat mengukur bagaimana setiap pengguna secara unik berinteraksi dengannya dan menghasilkan pemahaman dari data ini untuk membentuk sebuah pandangan 360 darjah yang sebenar bagi setiap pelanggan. Ia juga boleh menentukan halaman mana yang gagal menarik minat pengguna, menyebabkan mereka keluar dari portal web itu. Pemahaman sedemikian melukiskan satu gambaran yang lebih komprehensif dan tepat berhubung tahap minat yang turun naik sepanjang perjalanan pelanggan ketika mereka melayari portal web pelanggan itu.
 
Dengan memanfaatkan keupayaan pengumpulan data yang komprehensif dan pengkomputeran kognitif, pelanggan itu juga boleh memantau corak kunjungan ke portal web mereka melalui platform media sosial seperti Facebook serta daripada iklan dalam talian, sekali gus memberikan pelanggan dengan suatu pemahaman yang lebih baik mengenai kadar penukaran jualan mereka dan pulangan terhadap pelaburan pengiklanan.
 
Selain itu, penyelesaian pengurusan data membolehkan bagi pemantauan portal kerja dalam talian yang popular dan portal web rakan sebaya, dengan memberikan satu gambaran menyeluruh yang holistik mengenai pasaran; menyedarkan pelanggan tentang pekerjaan yang popular, kursus yang ditawarkan oleh portal web rakan sebaya, dan perubahan pasang surut bagi penawaran dan permintaan di dalam industri. Pemahaman sedemikian dapat memainkan satu peranan yang penting di dalam memikat pelanggan mengenai strategi dan rancangan yang boleh digunakan untuk menarik bakal pelajar.
 
Fusionex akan meningkatkan darjah penglihatan dan kehadiran dalam talian menerusi Pengoptimuman Enjin Carian, Mesin Pembelajaran, AI dan teknik Pemasaran Enjin Carian dan pada masa yang sama menjalankan penyelesaian pelanggan pada Fusionex Cloud, dengan memanfaatkan kelonggaran storan dan penjimatan kos yang disediakannya.
 
Ivan Teh, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, mengulas: "Kami sangat gembira untuk menggunakan penyelesaian pengurusan data yang mantap ini kerana kami berharap ia menghasilkan pandangan yang kuat untuk pelanggan. Ini akan membolehkan pelanggan untuk membuat penawaran sasaran yang berkaitan bagi bakal pelajar dan untuk pelajar mencari kursus yang paling sesuai dengan bakat dan minat mereka masing-masing."
 
Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan (AI). Penawarannya tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperoleh pemahaman daripada data. Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, yang membawa penyelesaian paling canggih, berinovatif dan cemerlang yang didorong oleh data yang terkini kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.
 
Fusionex telah memasuki ke dalam satu perkongsian strategik dengan Alibaba Cloud untuk memacukan transformasi digital di rantau itu.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180627005468/en/
 
Hubungi
Media:
Edelman
Fariz Zulfa Mohd Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com
 
Sumber : Fusionex
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment