Thursday, December 22, 2016

MITSUI CHEMICALS; PENGEMBANGAN KAPASITI PENGELUARAN LARUTAN ELEKTROLIT UNTUK USAHASAMA TAIWAN

Mitsui Chemicals meningkatkan perniagaan mobiliti untuk menguasai pasaran kereta mesra alam China

TOKYO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Formosa Mitsui Advanced Chemicals Co., Ltd. ("FMAC"), sebuah syarikat usahasama di antara Mitsui Chemicals, Inc. (Tokyo: 4183; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa; "Mitsui Chemicals") dan Formosa Plastics Corporation (Taiwan: 1301; Pengerusi & Presiden: Jason Lin; "Formosa Plastics"), adalah untuk meningkatkan kapasiti bagi kemudahan pengeluaran larutan elektrolit, menggunakan bateri, litium-ion.

Permintaan untuk bateri litium ion telah berkembang selaras dengan pertumbuhan pasaran komputer riba, telefon pintar dan peranti tablet. Pada masa akan datang, pertumbuhan pasaran yang lebih besar dijangka untuk pasaran mobiliti dengan lonjakan di dalam permintaan untuk hibrid pasang masuk yang mesra alam dan kenderaan elektrik terutamanya di China.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9623

No comments:

Post a Comment